Nota editor: Artikel ini telah dikongsikan oleh seorang peminat bola sepak di laman sosial Twitter yang menggunakan nama Marco Negeri. Beliau telah memberikan kebenaran untuk diterbitkan semula di laman web VocketFC.

Esok, mata peminat bolasepak seluruh negara akan bertumpu di Bukit Jalil bagi menonton perlawanan keramat Shopee Piala FA 2019 antara Perak bertemu Kedah.

Bagi pemain import Perak, Hussein Eldor ini adalah detik paling mendebarkan buat beliau. Mengapa?

Eldor dilahirkan di Tanda, Ivory Coast namun berpindah ke Beirut pada usia 5 tahun. Dari kecil, Eldor bermain bolasepak jalanan bersama rakan2 sebaya. Melihat bakat semulajadinya, keluarga Eldor mendaftarkannya di akademi bola sepak Al Ahed FC, Beirut bagi menerima latihan formal.

Screenshot 2019-07-26 at 8.32.05 PM

Eldor muncul antara pelatih terbaik di akademi tersebut dan ditawarkan kontrak sebagai pemain professional. Menghabiskan 5 tahun disana, Eldor memilih untuk berhijrah ke kelab Shabab Al Sahel FC dan pada musim 2015, Eldor telah disenaraikan antara 4 pemain pertahanan terbaik di Liga Lebanon.

Di peringkat kebangsaan, Eldor telah mewakili skuad remaja Lebanon di semua peringkat umur dan dipilih sebagai kapten U23.

Hussein Eldor
Ketika beraksi untuk Shabab Al Sahel FC

Beliau telah dipanggil menyertai skuad senior namun masih belum melakukan debut. Idola beliau di Lebanon adalah Hassan Maatouk, ketua pasukan skuad kebangsaan Lebanon.

Menyertai Program Realiti TV Bakat Baru Bola Sepak

Pada 2015, Eldor telah mewakili Lebanon menyertai musim ke 2 rancangan realiti The Victorious.

Program tersebut merupakan pencarian bakat baru bolasepak di Timur Tengah & menghimpunkan pemain-pemain muda dari serata dunia Arab. Melalui 12 episod, Eldor muncul naib juara keseluruhan.

Hussein Eldor

19 orang finalis rancangan tersebut yg mewakili pelbagai negara Arab telah dihimpunkan di Dubai untuk diberi latihan secara eksklusif dan dinilai oleh bekas bintang bola sepak terkemuka dunia seperti Michel Salgado, Alessandro Del Piero, Ronaldinho, Thierry Henry dan juga Edgar Davids.

Screenshot 2019-07-26 at 8.36.29 PM

Walaupun menyertai rancangan tersebut sebagai pemain pertahanan dan bukannya penyerang atau perancang, ia tidak menyukarkan ahli-ahli panel dari menilai bakat dan kebolehan individu beliau.

Ulasan daripada Del Piero dan Michel Salgado misalnya membuktikan perkara tersebut:

Menerusi rancangan ini jugalah Eldor bertemu dengan idola beliau semenjak sekian lama, Thierry Henry.

Henry mengakui kagum dengan ‘finishing‘ Eldor yg cantik, walaupun hanya bermain di posisi pertahanan sepanjang kerjaya bolasepaknya.

Hubungan Eldor dengan idolanya tidak terputus selepas berakhirnya The Victorious.

“Saya masih menghubungi Thierry sehingga ke hari ini. Beliau mengingatkan saya untuk terus bekerja keras dan jgn sesekali berhenti dan mengalah. Saya berpegang kpd kata2 tersebut setiap hari.”

Selaku Naib Juara, Eldor dibawa ke SL Benfica untuk menjalani percubaan bersama pasukan B dibawah kendalian Hélder Cristóvão.

Akademi Benfica B disifatkan sebagai “production line” bolasepak Eropah dan telah melahirkan ramai bakat-bakat muda ternama dunia, dan yang terkini adalah Joao Felix.

Hussein Eldor

Peluang berada di SL Benfica B memberikan impak yang mendalam kepada beliau dan tidak disia-siakan.

“Saya & Sacha Mostovoi (anak Aleksandr Mostovoi, legenda Russia era 90an) menjalani pemilihan bersama-sama. Renato Sanches, Ruben Dias, Victor Lindelof dan Adel Taraabt adalah rakan selatihan kami!”

Eldor menghabiskan pertengahan musim 2015/2016 dengan penuh bermakna di Caixa Futebol Campus, pusat latihan terkemuka Akademi  Benfica di Seixal, Portugal. Beliau diberikan pendedahan tentang kaedah-kaedah latihan moden dan tercanggih yang disediakan di Benfica, seperti di 360S Simulator Lab ini.

Pengalaman di The Victorious dan  dibantu ‘networking’ Salgado, Eldor berhijrah dan menempa nama di kelab luar Lebanon yg pertama diwakilinya iaitu New Radiant SC di Maldives.

Dibimbing jurulatih dari Sepanyol Oscar Bruzon, Eldor telah memenangi Dhiraagu Dhivehi Premier League & Piala FA Maldives pada musim 2017.

C6626418-0BE6-4AF0-B62A-FA5A357F7300

Ali Ashfaq, bekas penyerang berbisa pasukan PDRM merupakan rakan sepasukan beliau.

9B285B11-2A17-4D34-9EBD-B6C6460569B7

“Ali seorang penyerang yang sangat tajam dan sering menceritakan kepada saya tentang Liga Malaysia. Beliau memberi galakan supaya kami mencuba nasib di Malaysia sekiranya berpeluang.”

B3B0D9BD-9041-45A8-94B5-6DBE3C8F056E

Awal musim 2018, Eldor berhijrah ke I-League di India dan menyertai Churchill Goa dibawah kendalian jurulatih dari Romania, Petre Gigiu. Eldor bermain selama semusim dan Churchill Goa menamatkan musim di tangga ke-4 liga.

Ketika di India Eldor memberitahu Kalu Uche adalah pemain paling sukar yg pernah ditentang beliau.

C04CC8E6-17ED-48EA-9B71-F6D0EA2773A9

“Kalu Uche sewaktu saya di India. Beliau pernah mewakili Nigeria di World Cup 2010 dan mempunyai pengalaman di LaLiga bersama UD Almeria dan Espanyol. Beliau begitu kuat dan saya menghadapi kesukaran mengawal pergerakan beliau.”

Beliau juga mengkagumi Fahad Al Mowalad dari Arab Saudi.

985BEC44-8569-44F4-A94A-859E291053CF

“Saya bertembung dengan Fahad sewaktu perlawanan bawah 23 diantara Lebanon dan Arab Saudi. Saya tidak terkejut apabila beliau ditandatangani Levante dan digelar ‘Messi Arab Saudi’ oleh LaLiga, beliau memang luar biasa!”

Mengapa Liga Malaysia Menjadi Pilihan?

Ditanya mengapa Liga Malaysia menjadi pilihan, Eldor menjawab;

“Saya benar-benar teruja dengan kejayaan rakan senegara saya Mohamad Ghaddar. Saya mengetahui segala pencapaian hebat beliau disini dan berkali-kali saya diajak berhijrah. Lantas saya berhubung dengan ejen dan gembira peluang bersama pasukan Perak terhidang.”

50C51D05-0ED6-4704-8F3D-D25A33BB9C28

Bagi perlawanan akhir  Shopee Piala FA 2019, lazimnya peminat akan menumpukan perhatian terhadap kelincahan pemain-pemain yang akan terlibat diposisi menyerang, namun kepentingan Eldor dan Shahrul Saad selaku tonggak pertahanan Perak tidak boleh diabaikan dalam mematahkan gerakan serangan Kedah.

Mempunyai ketinggian 1.90m serta tubuh badan yg sasa, Eldor telah berjaya mengubah appearance dan defensive gameplay Perak dalam beberapa penampilan semenjak dimasukkan pada pertengahan musim. Kekuatan corak permainan Eldor dapat dilihat semenjak debut beliau.

Menumpaskan Pahang di separuh akhir Piala FA, merupakan momen paling magis Eldor semenjak menyarung jersi Perak.

“Kami tidak mahu menyerah kalah pada waktu itu. Never give up dan tiada pemenang sehingga wisel ditiupkan. Semangat ini akan kami bawa ke final malam esok.”

Hussein Eldor

Belum ada pemain dari Lebanon yang berjaya mencipta kegemilangan tersendiri di Malaysia semenjak era Ghaddar di Kelantan. Pemergian Thiago Aquino dari Perak juga telah meninggalkan vakum di bahagian pertahanan. Setiap yang datang cuba mengisi ruang tersebut, namun tiada yg berjaya.

Apa yang nyata, Perak memerlukan seorang legenda baru pasca Thiago. Sudah tiba masa Eldor, dengan usia muda beliau, mencipta sejarah baru bersama Shahrul Saad selaku gandingan pertahanan terbaik Perak era baru. Pentas Final Piala FA esok bakal menjadi platform terbaik buat mereka.

EAX6YPfUIAARW3K

Jauh meninggalkan lorong-lorong kecil di Beirut dan di hadapan 90,000 lautan manusia di Bukit Jalil, Eldor bakal bermain di perlawanan paling besar seumur hidup beliau. Malam esok bakal menyaksikan, mampukah Eldor dinobatkan selaku “game changer” pertahanan Perak yg dicari selama ini.

Akhir sekali, sempena pertarungan getir Shopee Piala FA 2019 buat Perak malam esok, Eldor mengirimkan video khas ini kepada semua penyokong-penyokong Perak.

Semoga penantian selama 15 tahun berakhir malam esok!

Sumber