Perak dikhabarkan mahu mendapatkan khidmat bekas pemain pertahanan, Hussein El Dor bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Shakir.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana selain Hussein, Perak turut bakal membawa masuk seorang lagi pemain import iaitu Charlie Machell dari England.

Hussein El Dor beraksi bersama Perak pada musim 2019 dimana beliau menyertai skuad The Boss Gaurus pada jendela perpindahan kedua dari kelab India, Churchill Brothers.

El Dor membantu Perak mara ke perlawanan akhir Piala FA pada musim tersebut dan beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pada aksi final menentang Kedah. Namun, Perak berputih mata apabila Kedah memenangi perlawanan hasil jaringan Fadzrul Danel pada masa tambahan.

Baru-baru ini, Shakir memutuskan untuk meninggalkan pasukan lima bulan setelah menyertai juara Piala Malaysia 2018 itu dari Kedah.

Selain Shakir, lima lagi pemain iaitu Shahruo Saad, Guilherme De Paula, Kenny Pallraj, J.Partiban dan Nazirul Naim turut mengambil langkah sama dengan meninggalkan Perak.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Makan Konate Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan Mali

Krisis Dihadapi Beri Peluang Pemain Muda Perak Bukti Kemampuan

Negeri Sembilan Semakin Hampir Dapatkan Khidmat Arthur Cunha