Bekas pemain sayap skuad kebangsaan Brazil, Hulk kini bergelar ejen bebas apabila memutuskan untuk meninggalkan kelab Liga Super China (CSL), Shanghai SIPG FC setelah empat musim beraksi bersama pasukan itu.

Perkara ini diumumkan oleh Hulk sendiri menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana kontrak beliau tamat pada bulan Disember dan memutuskan untuk tidak menandatangani kontrak lanjutan.

Pemilik nama sebenar Givanildo Vieira de Sousa itu telah membuat 150 penampilan bersama Shanghai dan menjaringkan 70 gol sepanjang empat musim beraksi bersama kelab tersebut.

Hubungan beliau bersama pengendali pasukan, Vitor Pereira tidak sehaluan sejak kebelakangan ini dan perkara tersebut dilihat menjadi antara faktor utama mengapa beliau enggan untuk menandatangani kontrak lanjutan.

Hulk dikhabarkan telah menerima tawaran daripada beberapa kelab seperti Turki, Portugal, England, Spain, Italy, Jerman dan juga kelab China yang lain.

Hulk
Hulk

Namun pemain yang pernah beraksi dalam temasya Piala Dunia 2014 itu masih belum membuat sebarang keputusan mengenai destinasi beliau bagi saingan musim 2021.

Sebelum beraksi di China, Hulk pernah menyarung jersi kelab J. League seperti Kawasaki Frontale dan Consadole Sapporo selain FC Porto dan Zenit Saint Petersburg.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Shahrel Fikri: Perpindahan Ke Selangor Tepat Untuk Karier Dan Masa Depan

Zoran Mamic Hampir Pasti Galas Tugas Ketua Jurulatih UAE, Gaji RM22 Juta Dengan Kontrak 2 Tahun

Safiq Rahim Jadi Pemilik Kelab Liga M3