Pemain tengah Melaka United, Ahmad Syamim Yahya berharap hukuman yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) boleh dijadikan pengajaran oleh FA negeri lain agar tidak culas daripada tanggungjawab membayar gaji pemain.

Melaka United dikenakan pemotongan tiga mata selepas badan itu gagal untuk melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai daripada skuad musim lalu sebanyak RM1.4 juta berikutan kekangan kewangan yang dihadapi oleh persatuan.

Hukuman
Sumber Gambar: MUSA

Menurut Syamim, beliau dan rakan sepasukan jelas kecewa namun tiada pilihan lain selain meneruskan perjuangan dalam saingan Liga Super.

“Saya berharap tindakan yang dikenakan FAM tidak mematahkan semangat pemain untuk meneruskan perjuangan dalam Liga Super, kebangkitan yang lebih baik perlu dilakukan pada perlawanan seterusnya selepas ini.

Hukuman
FOTO: Melaka United

“Perasaan kecewa tidak seharusnya terus difikirkan oleh pemain hingga menjejaskan rentak permainan selepas ini sebaliknya perlu menjadi permulaan untuk melakar kejayaan pada perlawanan akan datang,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Setelah dipotong tiga mata, kini Melaka menduduki tangga ke-11 dengan kutipan tiga mata selepas empat perlawanan.

Baca artikel lain mengenai saingan Liga Malaysia musim 2020 di sini:

“Kenapa Team AMD Pakai Jersi Lama, Logo Pun Dah Tercabut? Susah Sangat Mai Jumpa Saya” – KJ

Ini 4 Bekas Pemain Buriram United Yang Sedang Beraksi Bersama Pasukan Dalam Liga Super Malaysia 2020

TERKINI: Tonton Video Paparan Keadaan Semasa Bumbung Stadium Shah Alam Yang Sangat Daif