Perlawanan Liga Super 2022 diantara Terengganu FC (TFC) menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak semalam tidak berjalan dengan begitu lancar apabila berlangsung dalam keadaan hujan lebat.

Situasi itu menyebabkan pengadil utama, Mohammad Zamzaidi Katimin terpaksa memberhentikan perlawanan tersebut pada minit ke-14 selepas hujan semakin lebat disusuli kilat sambar menyambar.

Berdasarkan peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), jika keadaan cuaca semakin teruk perlawanan perlu dihentikan pengadil selama 30 minit pertama, jika hujan masih lagi belum reda, masa 30 minit lagi akan diberikan kepada kedua-dua pasukan.

Namun selepas satu jam keadaan hujan tidak menundukkan tanda reda, pengadil berhak menangguhkan perlawanan berkenaan pada tarikh lain.

Lebih melucukan, penyokong setia skuad penyu yang hadir menyaksikan perlawanan itu sempat berendam dalam ‘kolam’ di kawasan tempat duduk mereka ketika hujan lebat masih tidak berhenti.

Ia ibarat sebuah kolam mini terpanjang yang dibina bersebelah tempat duduk penonton di stadium tersebut untuk kemudahan mandi.

https://twitter.com/fadzlitweet/status/1542351715324039168?s=20&t=Gb-4pLNgZa80t-pgcRlWFw

Hal ini terjadi kerana struktur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang tidak berbumbung sepenuhnya membolehkan kawasan itu dilanda hujan lebat sekaligus menyebabkan air naik mendadak sehingga bertakung.

Selepas hujan semakin reda, perlawanan tersebut bersambung semula namun berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. Tuan rumah gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang untuk menjaringkan gol dan rentak permainan kedua-dua pasukan turut terjejas kerana keadaan padang yang becak.

Berdasarkan kedudukan terkini Liga Super, TFC menghuni di tangga ketujuh liga dengan mengutip 10 mata hasil tujuh perlawanan manakala NSFC melonjak ke tangga yang kedua dengan pungutan 20 mata hasil 11 perlawanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

JDT Bakal Menerima Pelaburan Bernilai 8 Juta Euro Dalam Tempoh Tiga Tahun

Sergio Aguero Dan Lee Tuck Tidak Dapat Didaftarkan Sebagai Pemain Tempatan

Nafuzi Zain: Aksi ‘Santai’ Babak Pertama Hukum Terengganu