Pemain kacukan Malaysia-China, Nathaniel Shio Hong Wan kini sudah berada di Johor dan sedang menjalani kuarantin sebelum menyertai pasukan baharunya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara ini dikongsikan oleh Nathaniel sendiri menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya yang menunjukkan beliau berada di sebuah hotel bagi menjalani proses kuarantin.

JDT mencapai persetujuan dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Januari lalu untuk menandatangani Hong Wan yang sebelumnya beraksi bersama skuad pembangunan kelab tersebut.

Hong Wan terus menyertai JDT setelah kontrak beliau tamat bersama Wolverhampton pada aqal bulan ini dan beliau akan menjadi senjata baharu skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Nathaniel merupakan pemain yanh dilahirkan di London dan beliau mempunyai pertalian dengan Malaysia melalui ibunya yang berasal dari Tangkak, Johor.

Bekas pengurus Wolverhampton, Nuno Espirito Santo pernah memuji kualiti yang dimiliki oleh Pemain berusia 21 tahun itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

TMJ: Perancangan Bawa Dion Cools Ke JDT Sudah Lama, Tapi Lebih Baik Beraksi Di Eropah

Hisyamudin Shaari Tekad Bantu UiTM FC Elakkan Zon Penyingkiran

Pemain Tempatan Tak Perlu Terancam Kehadiran Ramai Pemain Kacukan