Pemain tengah baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Nathaniel Sio Hong Wan berpendapat kelab yang disertainya itu merupakan kepan terbesar dan terbaik dalam saingan Liga Malaysia.

Menurut Hong Wan, beliau mungkin tidak akan datang ke Malaysia jika bukan kerana status JDT dan juga kejayaan yang telah diraih oleh skuad Harimau Selatan itu.

“JDT adalah kelab terbesar dan terbaik (di sini). Saya fikir saya tidak akan datang ke Malaysia jika bukan kerana JDT. Sejujurnya, ini adalah satu-satunya kelab (di sini) yang saya tahu disebabkan kejayaan yang mereka capai.

“Kemudahan fasiliti yang mereka miliki, sumber yang mereka ada berbanding pasukan lain dan bahkan hanya datang ke sini sewaktu minggu pertama saya, tempat latihan, persekitaran stadium, tahapnya adalah lebih baik berbanding beberapa kelab Liga Premier yang saya ketahui.

“Kemudahan fasiliti di sini berada di tahap teratas, sama dengan kelab-kelab Liga Premier. Saya melihat peluang yang baik di sini jadi saya membuat keputusan untuk menjalaninya. Cabaran baru, pengalaman baru.

Nathaniel Shio Hong Wan
Sumber Gambar: CGTN

“JDT merupakan sebuah kelab yang sangat bagus, sebuah kelab besar dalam hampir kesemua perkara. Mereka bermain di kejohanan Liga Juara-Juara AFC, seperti yang mereka lakukan sekarang, melakukannya dengan sangat baik dan perkara terbesar bagi saya adalah di mana saya melihat diri saya bermain, melihat peluang yang ada di JDT,” katanya.

Bekas pemain Wolverhampton Wanderers itu telah menamatkan tempoh kuarantin dan kini menunggu masa untuk beraksi bersama skuad utama.

Hong tidak didaftarkan dalam skuad yang beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) musim ini kerana beliau akan digunakan dalam saingan liga domestik.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

FIFA Iktiraf 89 Gol Antarabangsa Mokhtar Dahari, Tempat Ke-3 Senarai Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman

Sarawak United Nafi Pernah Lantik Juan Carlos Margo Sebagai Ketua Jurulatih

Setiausaha Agung PSSI Beri Bayangan Luis Milla Bakal Ke Malaysia