Persatuan Bola Sepak Hong Kong (HKFA) mengesahkan pihaknya telah mengaturkan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang skuad Harimau Malaya pada 15 Oktober ini selepas mereka pulang daripada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Iraq pada 10 Oktober.

Bagaimanapun, lokasi perlawanan tersebut masih belum dimuktamadkan secara rasmi kerana Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) minta jaminan keselamatan untuk pasukan pelawat berikutan konflik yang melanda negara tersebut sehingga tercetus rusuhan besar-besaran sejak minggu lalu.

Malah, perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Iran pada 10 September ini di Stadium Hong Kong mungkin terpaksa ditukar ke gelanggang ‘neutral’ jika situasi di negara tersebut masih belum selamat untuk dikunjungi.

lrT-an_2S9-dghqaeProyXsZjjdgBmZd4FI0dOBSNHQ

FOTO: HK01

Ketua pegawai Eksekutif HKFA, Paul Woodland turut mengesahkan perkembangan tersebut dan menjelaskan AFC telah menghubungi pihaknya untuk memberitahu perkembangan terkini konflik di negara itu dan perancangan mereka memastikan perlawanan dapat dilangsungkan tanpa sebarang masalah.

“Mereka minta kami sediakan pelan kawalan untuk perlawanan itu dan surat jaminan keselamatan daripada kerajaan untuk memastikan pemain serta pegawai selamat sepanjang berada di Hong Kong,” katanya seperti dipetik dalam portal HK01.com

KeveFnpwd5fX41or3FsDnHT39lKI5s2eHKXOzBylzsw

Ketua Pegawai Eksekutif HKFA, Paul Woodland (photo by Yuan Zhihao)

HKFA juga kemungkinan akan mengadakan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di gelanggang tertutup di luar negara pada 10 September ini jika keadaan di negara mereka masih belum stabil.

“Saya percaya lokasi perlawanan itu akan berada di Malaysia kerana Malaysia tidak mempunyai sebarang sekatan dengan Iran,” jelasnya.

Selain Iran dan Iraq, Hong Kong turut diundi bersama Kemboja serta Bahrain dalam kumpulan C kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Kali terakhir skuad Hong Kong bertemu Malaysia ada pada bulan oktober 2017 dimana skuad negara dibawah kendalian Nelo Vingada ketika itu tewas 0-2 kepada tuan rumah dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019.

Tahukah anda tiket perlawanan persahabatan di antara Malaysia menentang Jordan mula dijual pada petang ini. Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Tiket Perlawanan Bertemu Jordan Dijual Di Kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil Petang Ini

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group