Bintang bola sepak Jepun, Honda Keisuke hampir pasti meninggalkan pasukan CF Pachuca yang beraksi dalam Liga MX di Mexico.

Menurut laporan dari Australia, pemain kidal berasal dari Osaka itu akan menyertai Melboune Victory dalam saingan Hyundai A-League dan bakal diberikan status sebagai ‘marquee player’ disana nanti.

Bersama CF Pachuca, Honda Keisuke turun beraksi dalam 29 perlawanan dengan menjaringkan 10 gol sepanjang musim 2017/2018.

Perpindahan ini Honda Keisuke ini bernilai $2.9 juta (RM11.73 juta) dan jumlah itu dibayar oleh beberapa pihak mengikut jumlah bahagian yang telah ditetapkan.

Kelab Melbourne Victory FC akan membayar sebanyak $1.3 juta (RM5.26 juta) dan pihak FFA bersama Fox Sports akan membayar baki $1.6 (RM6.47 juta) juta bagi melengkapkan perpindahan pemain yang dijangka akan memerikan impak lebih besar berbanding Shinji Ono di Australia.

Menurut portal The World Games, perbincangan mengenai perpindahan ini sudah dilakukan sejak 2 bulan yang lalu dan kini Honda Keisuke dikatakan bersetuju beraksi bersama Melbourne Victory FC selama 1 musim.