Kelab dari Singapura, Home United berjaya menewaskan Ceres Negros dari Filipina 3-1 secara agregat dalam pusingan akhir Zon ASEAN AFC Cup 2018, seterusnya mara ke peringkat separuh akhir Play-Off Inter-Zone.

Kemenangan itu juga membolehkan Home United membalas dendam kepada Ceres Negros kerana pada AFC 2017, kedua-dua pasukan juga bertembung sesama sendiri dan Ceres Negros berjaya mara ke peringkat seterusnya dengan agregat 3-2.

Musim lalu, cabaran Ceres Negros terhenti pada peringkat separuh akhir Play-Off Inter-Zone apabila dibelasah 5-1 oleh Istiklol, kelab dari Tajikistan.

Pada peringkat Separuh Akhir Play-Off Inter-Zone nanti, Home United akan bertemu wakil Asia Timur dari Korea Utara, 25 April dan satu lagi perlawanan adalah diantara Bengaluru FC dari India, wakil Asia Selatan bertemu Altyn Asyr dari Tajikistan, wakil Asia Tengah.

Pemenang dalam peringkat akhir Play-Off Inter-Zone 2018 akan bertemu samada Al-Jazeera dari Jordan atau Air Force Club dari Iraq, dimana kedua-dua pasukan ini akan bertemu dalam peringkat akhir Zon Asia Barat bulan hadapan.