Pemain bintang Vietnam yang beraksi dalam saingan Jupiler Pro League, Nguyen Cong Phuong dikhabarkan semakin hampir untuk kembali ke saingan V-League dimana Ho Chi Minh City FC berminat untuk menandatangani beliau.

Cong Phuong menghadapi tempoh yang sukar bersama Sint-Truidense sejak menyertai kelab itu secara pinjaman daripada Hoàng Anh Gia Lai apabila beliau kerap kali memanaskan bangku simpanan dan jarang diturunkan bersama pasukan utama. Setakat ini, pemain berusia 24 tahun itu hanya membuat satu penampilan.

Ho Chi Minh City
Nguyen Cong Phuong

Ho Chi Minh City FC yang menduduki tangga kedua dalam saingan V-League musim 2019 sekaligus bakal beraksi dalam peringkat kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 bersedia untuk melabur sebanyak €120,000 bagi membawa pulang Cong Phuong.

Rundingan antara kedua-dua kelab sudah bermula sejak 23 Disember lalu dan perbincangan berjalan dengan baik. Pemain yang pernah beraksi bersama Mito HollyHock dan Incheon United itu akan diumumkan sebagai pemain Ho Chi Minh pada 29 Disember mendatang.

Ho Chi Minh City
Penyerang baharu Ho Chi Minh City FC, David Ngog.

Nguyen Cong Phuong akan bergandingan dengan seorang lagi pemain baharu iaitu bekas penyerang Liverpool, David Ngog di bahagian serangan Ho Chi Minh City bagi saingan musim 2020.

Baca artikel lain mengenai Nguyen Cong Phuong yang telah kami sediakan di sini:

Bawa Masuk ‘Messi Vietnam’ Sedap Bunyinya, Faedah Tidak Seberapa Dari Pengikut Instagram

Ketua Jurulatih Kelab HAGL Mahu Bawa Pulang Nguyen Cong Phuong Jika Sekadar Memanaskan Bangku Simpanan

Nguyen Cong Phuong Sah Akan Sertai Kelab Divisyen 1 Belgium, Sint-Truiden VV