Beberapa hari yang lalu, fokus dunia bola sepak teralih kearah Jepun dimana sebuah kelab bola sepak di Kobe mengumumkan secara rasmi Andres Iniesta, bekas pemain FC Barcelona, menyertai skuad J1 League – Vissel Kobe.

Sebelum Andres Iniesta, bekas pemain kebangsaan Jerman, Lukas Podolski terlebih dahulu menyertai skuad The Ushi disamping bintang skuad kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan yang bersama pasukan itu secara pinjaman selama 1 tahun.

Untuk membawa pemain-pemain bintang dunia seperti Podolski dan Iniesta, sudah pasti bukan satu perkara yang mudah. Namun seorang lelaki, Hiroshi Mikitani, anak jati Kobe sendiri membuatkan ianya kelihatan mudah.

https_s3-ap-northeast-1.amazonaws.compsh-ex-ftnikkei-3937bb4images81638723618-1-eng-GB20140509_rakuten_mikitani

Siapa Hiroshi Mikitani yang bertanggungjawab membawa pemain-pemain bertaraf dunia ke Vissel Kobe ini?

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Hiroshi Mikitani

1) Graduan Universiti Hitotsubashi dalam bidang e-Commerce dan mula bekerja di Industrial Bank of Japan (IBJ), sekarang dikenali sebagai Mizuho Bank, selama 8 tahun selepas menamatkan pengajian, dari 1988 sehingga 1996.

2) Semasa masih bekerja bersama IBJ, Hiroshi Mikitani mengambil cuti untuk menyambung pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Harvard Business School selama 2 tahun bermula 1991 hingga 1993.

3) Pada 17 Januari 1995, Hiroshi Mikitani telah menyaksikan satu mala petaka gempa bumi di Kobe dimana beliau telah kehilangan ramai saudara-saudara terdekat serta rakan-rakan. Bertitik tolak dari kejadian ini, Hiroshi Mikitani nekad untuk revitalize semula ekonomi Jepun yang telah terjejas teruk.

Screen Shot 2018-05-26 at 12.07.48 AM

4) Hiroshi Mikitani meletakkan jawatannya di IBJ, pada November 1995 dan menubuhkan sebuah syarikat konsultansi, Crimson Group bersama Honjo Shinnosuke.

5) Berbekalkan modal 60 juta Yen, hasil keuntungan dari perniagaan Crimson Group, Hiroshi Mikitani menubuhkan sebuah syarikat e-commerce – MDM Group, yang kini dikenali sebagai Rakuten selepas namanya ditukar pada 1999.

6) Penglibatan Hiroshi Mikitani dan syarikatnya dalam bidang bola sepak bermula apabila pihak pengurusan Vissel Kobe yang tidak mampu untuk menanggung hutang yang terlampau banyak sehingga kelab itu hampir diisytihar bankrap pada Disember 2003, menjual kepadanya melalui Crimson Group pada Januari 2004.

sp25-Andres-Iniesta

7) Selepas mengambil alih Vissel Kobe, Hiroshi Mikitani bertindak menukar warna jersi kelab itu dari jalur hitam putih kepada warna Crimson iaitu merah pekat bercampur ungu.

8) Warna ini adalah sama seperti warna tema alumni Harvard Business School dan bersempena dengan nama syarikat beliau. Kelab baseball beliau juga memakai jersi dengan warna yang sama – Tohoku Rakuten Golden Eagles.

9) Bagi menguatkan lagi ‘penjenamaan’ Rakuten, Hiroshi Mikitani telah bersetuju untuk menaja FC Barcelona dengan nilai USD235 juta selama 4 tahun dengan pilihan sambungan 1 tahun lagi. Urusan ini dikatakan bermula dengan sembang-sembang bersama Gerard Pique dan Shakira yang merupakan artis tajaan Rakuten.

2018-05-26_7-53-43

10) Selepas hampir 15 tahun memiliki Vissel Kobe, Hiroshi Mikitani mula mengorak langkah menandatangani pemain-pemain bintang dunia untuk membantu kelab dan bola sepak Jepun belajar sesuatu dari mereka ini disamping mengukuhkan lagi Rakuten dalam ‘sports sponsorship‘.

11) Hiroshi Mikitani yakin dengan falsafah Iniesta, kepimpinan dan DNA akan menjadi suatu inspirasi hebat bukan sahaja untuk Kobe malahan masyarakat Jepun.

12) Iniesta bukan sahaja satu strategi menguatkan Vissel Kobe tetapi agenda lebih penting adalah sumbangan kepada pembangunan generasi pemain seterusnya melalui pengenalan ‘Iniesta Methodology’ di akademi bola sepak mereka.

13) Beliau juga percaya keputusan membawa Iniesta bukan sahaja memberikan impak kepada bola sepak di Kobe tetapi juga Jepun dan juga Asia!