Real Madrid berjaya menyingkirkan Liverpool di Anfield. Sementara itu, Manchester City pula menyingkirkan Borussia Dortmund dari persaingan untuk kedua dua pasukan melangkah ke separuh akhir.

Liverpool menyambut kedatangan Real Madrid di Anfield selepas kekalahan pada perlawanan pertama 3-1.

Liverpool segera melakukan ancaman awal. Baru sahaja dua minit permainan dimulakan, Mohamed Salah melepaskan rembatan dengan kaki kirinya dari dalam kotak penalti, tetapi penjaga gawang Thibaut Courtois berjaya menafikannya.

Thibaut Courtois sekali lagi melakukan penyelamatan cemerlang pada minit ke-11. Penjaga gol Belgium itu menyelamatkan rembatan James Milner dari luar kotak penalti.

Real Madrid hampir mendapat gol menerusi Karim Benzema, yang masuk ke dalam kotak penalti Liverpool, berusaha menghantar bola kepada Vinicius yang sedang menunggu. Namun, Ozan Kabak berjaya menghadang, dan bola terkena tiang.

Liverpool kemudian cuba meningkatkan lagi tempo permainan mereka. Real Madrid dipaksa untuk menyerap asakan dan cuba menyerang balas menerusi Vinicius Jr.

Walaupun Liverpool mencipta banyak peluang yang baik, namun barisan pertahanan Madrid sangat cemerlang. Courtois terus fokus untuk memastikan gawang mereka tidak bocor.

Tamat perlawanan, juara edisi 2019 disingkirkan juara edisi 2018. Real Madrid akan bertemu Chelsea di saingan separuh akhir.

Jika Hazard sempat cergas, beliau dan Courtois berpeluang untuk berhadapan dengan kelab lama mereka di separuh akhir.