Manchester City berjaya berjaya menewaskan Borussia Dortmund di Signal Iduna Park menerusi kebangkitan selepas ketinggalan seawal perlawanan.

Jude Bellingham meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-15 menerusi rembatan lencong cantik dari dalam kotak penalti.

Bellingham akhirnya meraikan gol beliau selepas gol beliau dalam aksi pertama sebelum ini dibatalkan secara kontroversi.

City segera memberikan respon. Pada minit ke-24, Kevin De Bruyne mengambil kesempatan di atas kesilapan pertahanan lawan. Namun percubaannya terkena palang gol.

Selepas setengah jam aksi, Riyad Mahrez hampir menjaringkan gol penyamaan. Tetapi percubaannya dikeluarkan Jude Bellingham di atas garisan.

Tidak lama selepas itu, Hitz melakukan satu lagi save cemerlang menafikan tandukan Zinchenko.

Dortmund masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan satu gol.

Bersambung babak kedua, Manchester City dihadiahi sepakan penalti, selepas Emre Can menampan bola dengan tangannya.

Riyad Mahrez melakukan penalti yang deras untuk menjadikan agrega 3-2 memihak City.

Minit ke-75, De Bruyne melakukan larian solo yang memaksa Hitz merebahkan badannya untuk melakukan satu lagi penyelamatan. Berpunca dari sepakan penjuru itu Foden melakukan gol spektakular dari luar kota penalti.

Foden melakukan rembatan deras mendatar menewaskan Hitz di ‘near post’ pada minit ke-75.

Gol itu sudah cukup untuk memastikan City mara dengan agregat 4-2. Lawan mereka seterusnya adalah PSG yang menyingkirkan juara bertahan, Bayern Munich semalam.