Manchester United berjaya mengalahkan musuh tradisi mereka Liverpool 3-2 dalam aksi pusingan keempat Piala FA 2020/21 di Old Trafford.

Ini merupakan pertembungan kedua mereka dalam tempoh seminggu selepas aksi seri dalam Liga Perdana Inggeris.

Liverpool memulakan perlawanan dengan menguasai perlawanan. Namun dari segi ciptaan peluang, Man United dilihat lebih baik.

Pada minit ke-10, Mason Greenwood melakukan larian kemas dari sayap kanan, namun malang sekali pemain muda itu memilih untuk mencuba menewaskan Alisson daripada kedudukan sudut agak tertutup.

Liverpool kemudian menunjukkan permainan yang bertenaga dengan gerakan yang lebih lancar.

Mohamed Salah menerima bola dari celahan 2 pemain Man United dan dengan tenang menewaskan Dean Henderson.

salah-1

Namun malangnya gol itu hanya bertahan 8 minit sahaja. Kerana selepas itu Greenwood berjaya menewaskan Alisson setelah menerima hantaran cantik daripada Rashford. Ianya hasil daripada serangan balas ketika Liverpool hilang bola di kawasan United.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-1. Dan bersambung babak kedua, Man United ternyata tampil dengan aksi lebih baik.

Hanya 3 minit aksi bersambung, Marcus Rashford menjaringkan gol kedua pasukannya setelah menerima hantaran Mason Greenwood.

marcus-rashford-manchester-united-2021_1812lxipjb4waznb28bq4givb

Liverpool hampir menyamakan kedudukan menerusi James Milner. Namun percubaan beliau tersasar.

Seminit kemudian, Liverpool mendapat gol kedua. Ianya berpunca daripada pressing daripada pasukan Liverpool yang merampas bola daripada binaan serangan United.

Mohamed Salah dengan tenang menjaringkan gol kedua peribadi beliau pada malam itu.

Pada minit ke-67, Mo Salah melepaskan peluang terbaik untuk mencetak hatrik daripada kedudukan 1 lawan 1. Namun berjaya diselamatkan Dean Henderson.

Pemain gantian United – siapa lagi kalau bukan Bruno Fernandes – berjaya menjaringkan gol kemenangan United pada minit ke-78.

Ianya berpunca daripada faul oleh Fabinho ke atas Cavani yang membolehkan United mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Fernandes melencongkan bola paras dada untuk menewaskan Alisson.

8 minit kemudian, Edinson Cavani terlepas peluang untuk menjaringkan gol menerusi tandukan di hadapan Alisson yang terkena tiang.

Tamat perlawanan Man United mara ke pusingan kelima. Jurgen Klopp terus dilanda badi dalam pertandingan piala di England.

Baca juga perkembangan lain

North West Derby: Permusuhan Yang Bermula Dari Terusan Kapal Manchester

Piala FA: Man United Jumpa Liverpool

Arteta Akui Southampton Telah ‘Sekolahkan’ Arsenal