Liverpool berjaya meneruskan rentak kemenangan mereka dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Kali ini The Reds menang 3-1 ke atas West Ham United dalam aksi ke-21 mereka.

Kemenangan itu adalah kedua berturut turut dalam liga setelah menang ke atas Spurs dalam aksi sebelum ini.

Liverpool menurunkan pertahanan muda mereka Nat Phillip bergandingan dengan Jordan Henderson.

Ternyata Phillip berjaya bermain baik dan memenangi banyak duel terutama sekali ketika berdepan dengan Michal Antonio.

Divock Origi memiliki peluang keemasan pada separuh masa pertama namun gagal menyempurnakannya.

West Ham tidak bermain dengan baik dalam perlawanan ini. Mereka terlalu bergantung kepada hantaran panjang dan bola mati.

Namun West Ham berjaya menghampakan serangan Liverpool pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, West Ham akhirnya bocor jua. Mohamed Salah membuka tirai jaringan dengan satu lencongan yang sangat cantik.

Gol itu berlaku sebaik sahaja Milner yang kelihatan mahukan penjelasan kenapa dia dikeluarkan digantikan dengan Curtis Jones.

Jones mencipta assist untuk gol tersebut membuatkan Milner dan Klopp saling berpelukan dan bergurau senda.

Liverpool menambah satu lagi gol pada minit ke-68. Juga menerusi ‘Raja’ Mesir, Mohamed Salah. Liverpool melakukan serangan kilat. Shaqiri berjaya melakukan hantaran tepat ke kaki Mo Salah.

Salah yang tidak melakukan kesilapan terus memastikan bola menerjah gawang dengan sungkitan yang agak licik.

Liverpool mematikan perlawanan dengan gol ketiga oleh Gini Wijnaldum pada minit ke-84.

West Ham mendapat gol saguhati menerusi Craig Dawson pada minit ke-87.

Tamat perlawanan West Ham 1 Liverpool 3.

Kemenangan yang melonjakkan Liverpool ke tangga ketiga memintas Leicester yang tewas di tangan Leeds dalam aksi lebih awal.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Bek Sayap Sumbat 2 Gol Chelsea, Burnley Hampir 0 Shot Dikerjakan The Blues

Ultras Marseille Rempuh Kompleks Kelab Dan Mahu Presiden Berambus

La Liga: Real Madrid Dimalukan Levante, Eder Militao Kad Merah Seawal Minit Ke-9