Manchester United turun bertandang ke halaman Spurs dalam aksi sambungan semula Liga Perdana Inggeris.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer dan skuad bimbingan Jose Mourinho masih lagi berusaha sedaya upaya untuk mara ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.

Di atas padang, kedua dua pasukan bergelut untuk mencipta peluang gol. Namun United pada separuh masa pertama bermain dengan lebih baik.

Marcus Rashford dan Bruno Fernandes, masing masing ada peluang untuk menjaringkan gol.

Spurs kemudian mendahului lawannya dengan jaringan memukau oleh Steven Bergwijn.

Pemain antarabangsa Belanda itu menerima bola di bahagian tengah dan menggerakkannya dengan larian lincah menewaskan Fred, Harry Maguire dan kemudiannya David De Gea.

David De Gea menebus kesilapannya dengan melakukan save menarik selepas itu.

Anthony Martial yang agak lemau dalam perlawanan ini berjaya melakukan rembatan deras yang memaksa Hugo Lloris melakukan satu lagi save kemas.

Sebelum itu Martial gagal melakukan rembatan tepat dalam situasi di hadapan gol.

United akhirnya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi penalti oleh Bruno Fernandes.

Pemain gantian, Paul Pogba memenangi penalti untuk United. Tiada masalah untuk Bruno Fernandes menyudahkannya.

Fernandes kini sudah menyumbang secara langsung dalam 6 gol United sejak menyertai mereka.

United hampir mendapat satu lagi penalti namun ditarik semula kerana VAR mendapati Bruno Fernandes diving.

Keputusan seri ini lebih memberi kelebihan kepada Chelsea dan pesaing United serta Spurs untuk ke Eropah.

United kini dua mata di belakang Chelsea. Sementara Spurs pula enam mata di belakang Chelsea.

Namun Chelsea masih ada satu lagi perlawanan kurang daripada mereka. Ini peluang untuk skuad Frank Lampard untuk menambah lagi jurang mata.

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group