Anthony Martial menerima banyak kritikan selepas aksi hambar beliau ketika berdepan Spurs sebelum ini.

Namun dalam aksi berdepan dengan Sheffield United, ternyata beliau berada dalam kelas berbeza.

Martial memulakan aksi tajamnya dengan gol pertamanya pada minit ke-7. Ini selepas beliau menerima hantaran rendah yang deras daripada Marcus Rashford.

Martial menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-44 dengan gol yang mirip kepada gol pertama.

Cuma kali ini, Wan Bissaka melakukan assist. Martial tenang melakukan kontak dengan bola.

Dan pada separuh masa kedua Anthony Martial melengkapkan hatrik beliau dengan sungkitan yang sangat cantik.

Hatrik itu adalah yang pertama dalam kempen EPL Man United, pasca era Sir Alex Ferguson.

7 tahun dan 63 hari kali terakhir pemain Man United menjaringkan hatrik dalam EPL sebelum Martial melakukannya dalam aksi ini.

Pemain terakhir itu adalah Robin Van Persie dalam aksi berdepan Aston Villa pada April 2013.

Martial musim in sudah menjaringkan 14 gol dan 3 assist dalam Liga Perdana Inggeris. Musim terbaik beliau dari segi produktiviti.

Kemenangan ini menyaksikan Man United memberikan tekanan kepada Chelsea. Mereka kini hanya 2 mata dari Chelsea yang berada di tangga keempat.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Baca juga perkembangan lain

EPL: Liverpool Semakin Hampiri Kejuaraan Selepas Membelasah Palace

Barcelona Setuju Tukar Arthur Dengan Pjanic, Adakah Ia Langkah Tepat?

Arsenal Ikat David Luiz Dengan Kontrak Baharu