Manchester City sudah tahu, mustahil untuk mereka mengejar Liverpool. Namun mereka sekurang kurangnya mahu menangguhkan kejuaraan Liverpool daripada memberikan guard of honor di Etihad.

Dalam aksi berdepan dengan Chelsea di Stamford Bridge, Man City perlu menang, kerana sebarang keciciran mata akan membuatkan Liverpool sah juara dengan baki 7 perlawanan, rekod mereka sebelum ini juara dengan baki 7 perlawanan.

Pasukan Pep Guardiola menghadapi kekalahan keenam dalam liga dalam dua musim sebelum ini.

Tetapi musim ini mereka menelan kekalahan kelapan — menjadikan mereka 23 mata di belakang pendahulu, dengan tujuh perlawanan lagi.

Sepakan percuma Kevin de Bruyne pada babak kedua telah menyamakan gol pendahuluan Christian Pulisic untuk pasukan tuan rumah.

Tetapi gelaran kejuaraan Liverpool disahkan dengan baki 12 minit ketika Fernandinho dibuang padang. Dan Willian menyempurnakan sepakan penalti pasukannya.

Man City masih dalam kedudukan selesa untuk kedudukan di slot UCL. Itupun hanya kegagalan dalam rayuan mereka di CAS sahaja yang membuatkan mereka gagal ke UCL.

Harapan City untuk menunda kejuaraan Liverpool berakhir dengan cara yang agak mengecewakan Pep Guardiola.

Pasukan beliau nampak rapuh dan tidak tajam.

Mereka menjadi pasukan yang lebih baik sehinggalah mereka menghadiahkan Chelsea gol pertama menerusi kesilapan Mendy yang terlalu bersahaja.

Pulisic menghukum kesilapan itu dengan gol pertama tuan rumah. Satu rembatan lencongan rendah yang sangat cantik.

Sepakan percuma cantik De Bruyne kemudiannya telah menyamakan kedudukan buat Man City.

Namun pada babak akhir perlawanan, pengadil Stuart Attwell telah mengarahkan Fernandinho keluar padang kerana kad merah.

Ini selepas Fernandinho dengan sengaja menampan bola dengan tangannya.

Willian memastikan Chelsea menang perlawanan ini dengan gol kedua menerusi penalti. Sekaligus kembali menguatkan cengkaman mereka kedudukan empat teratas.

https://youtu.be/EasWagnJvSI

Syabas ke atas Liverpool yang menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.

Baca juga perkembangan lain

Highlight EPL: Martial Cetak Hatrik

Barcelona Setuju Tukar Arthur Dengan Pjanic, Adakah Ia Langkah Tepat?

EPL: Liverpool Semakin Hampiri Kejuaraan Selepas Membelasah Palace