Chelsea berjaya meraih tiga mata dalam aksi berdepan dengan Aston Villa di tempat sendiri.

The Blues dengan cemerlang menang 3-0. Penyerang sensasi, Romelu Lukaku menjaringkan dua gol dalam aksi tersebut.

Chelsea awalnya dilihat tercari cari rentak permainan. Aston Villa turut menghadirkan beberapa siri ancaman ke kubu mereka. Romelu Lukaku akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-15 selepas satu aksi licik melakukan ‘chop’ dan skor.

Edouard Mendy terus cemerlang di gawang gol. Beliau melakukan beberapa aksi saves yang menarik untuk memastikan Villa tertekan selepas buntu menewaskan beliau.

Mendy melakukan 6 saves dalam perlawanan ini. Cukup untuk memberitahu bahawa pertahanan Chelsea beberapa kali gagal bertindak dengan lebih baik kepada ancaman, sama seperti ketika berdepan dengan Liverpool.

Ini juga kali kedua berturut turut Mendy melakukan 6 saves dalam satu perlawanan.

Villa memang cukup bahaya ketika menyerang. Mereka malah melakukan lebih banyak percubaan dan percubaan tepat ke gawang Chelsea.

Kovacic yang bergandingan dengan Saul di tengah merupakan seorang lagi pemain cemerlang. Beliau menjadi pembuka kunci kepada gol pertama Lukaku.

Pada minit ke-49, Kovacic menjaringkan gol kedua Chelsea.

Lukaku memastikan 3 gol dan 3 mata milik Chelsea dengan gol lewat pada minit ke-90 + 3.

Chelsea berjaya kembali ke rentak kemenangan mereka dalam aksi liga untuk meneruskan cabaran kejuaraan musim ini.

Baca juga artikel

EPL 2021/22: Kepulangan Penuh Bergaya Cristiano Ronaldo, Bantu Man Utd Atasi Newcastle

EPL: Vieira Tamatkan Permulaan Sempurna Spurs, Edouard Cetak 2 Gol Debut

19 Kelab Brazil Mahu Tubuh Liga Sendiri Tanpa Flamengo