Penyerang muda Man United, Mason Greenwood telah membuat huruf A dengan tangannya setelah mencetak gol menentang Brighton.

Ia adalah isyarat yang ditujukan kepada Angel Gomes.

Mason Greenwood, bintang muda Manchester United itu memberi penghormatan kepada bekas rakan sepasukannya, Angel Gomes ketika keraian gol menentang Brighton pada hari Selasa.

Angel Gomes akan meninggalkan United sebaik sahaja kontraknya tamat, kerana tiada kesepakatan dicapai dengan kelab.

Pemain berusia 18 tahun, Mason Greenwood membuka tirai jaringan untuk The Red Devils pada separuh masa pertama dalam aksi kemenangan 3-0 pasukannya.

Greenwood melakukan satu dribble ringkas dan cantik dan menembak tepat ke near post.

Greenwood menyiarkan gambar keraiannya golnya di Twitter yang mengesahkan bahawa ia adalah untuk Gomes, dengan tulisan: “Janji adalah janji.”

Gomes meluahkan rasa terima kasihnya kepada penyerang itu ketika dia menyiarkan gambar Greenwood yang sedang meraikan dalam Instagram Story, menulis:

“Tidak ada kata-kata mampu diucapkan. Saya sayang awak bro. Pemain istimewa, istimewa, terima kasih atas gol yang ditujukan kepada saya.”

Gomes dan United telah berusaha menyelesaikan perselisihan mereka mengenai perjanjian baru selama beberapa bulan.

Dan jurulatih United, Ole Gunnar Solskjaer mengatakan minggu lalu bahawa dia berharap mereka dapat meyakinkan pemain tengah ofensif itu untuk bertahan.

Namun, Gomes gagal mencapai persetujuan dengan United dan kini menjadi ejen bebas.

Pemain berusia 19 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea, walaupun bos The Blues Frank Lampard mengatakan mereka belum membincangkan untuk membuat tawaran.

Gomes bergabung dengan Man Utd pada usia enam tahun dan membangun di akademi kelab.

Beliau membuat debut pasukan senior ketika di bawah Jose Mourinho pada tahun 2017, ketika dia menggantikan Wayne Rooney ketika kemenangan 2-0 ke atas Palace.

United cemerlang dengan kemenangan 3-0 dalam aksi berdepan dengan Brighton.

Gol pertama Bruno menerusi bola yang terbias pada lawan. Namun gol kedua peribadinya adalah satu voli yang cantik.

Dua lagi gol United adalah menerusi Bruno Fernandes yang dijaringkan pada separuh masa pertama dan kedua.

Fernandes terus menjadi watak penting dalam mengubah Man United menjadi pasukan yang cemerlang sejak beliau menyertai mereka pada Januari lalu.

Kemenangan itu menyaksikan United kini cuma 2 mata di belakang Chelsea yang berada di tangga keempat.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Penyokong Barca Meroyan Dengan Pengumuman Arthur Sah Ke Juventus

Barkley Bawa Chelsea Ke Semifinal Bertemu Man United

Barcelona Setuju Tukar Arthur Dengan Pjanic, Adakah Ia Langkah Tepat?