Chelsea memulakan kempen EPL 2020/21 dengan langkah kanan. Pasukan yang berbelanja paling besar dalam jendela perpindahan kali ini tidak ada masalah menang ke atas Brighton dengan skor 3-1.

Namun agak menarik apabila 3 pemain defensif yang menjaringkan gol buat The Blues.

Dalam aksi di Stadium Amex, Brighton bermula dengan sangat baik dalam perlawanan ini. Mereka memberikan beberapa ancaman awal kepada Chelsea.

Gol pertama Chelsea hadir pada minit ke-23 menerusi penalti oleh Jorginho. Ianya selepas Timo Ryan dijatuhkan oleh Mat Ryan di dalam kotak penalti.

Ryan yang cuba membina permainan daripada belakang melakukan hantaran lemah yang dirampas lawan. Ryan kemudian menyangkut kaki Werner untuk menghalang pemain itu daripada menjaringkan gol.

Brighton cuba membalas. Pada minit ke-36, kelab Graham Potter mencipta peluang menerusi aksi individu Steven Alzate. Sayangnya rembatan beliau dinafikan oleh Kepa Arrizabalaga.

Bersambung babak kedua, Brighton akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-54, menerusi aksi Leandro Trossard.

Trossard melepaskan rembatan deras yang tidak dapat dijangkau oleh Kepa. Jelas sekali Kepa harus melakukan yang lebih baik dalam situasi itu.

Namun penyamaan itu hanya bertahan selama dua minit sahaja. Chelsea kemudian di hadapan sekali lagi menerusi Reece James yang melakukan – kemungkinan besar – gol tercantik minggu pertama EPL musim ini.

James melakukan sepakan pancung / slice shot yang melencong keluar (outside curl) menewaskan Ryan. Ia gol roket yang sangat cantik.

10 minit kemudian Kurt Zouma meraikan gol ketiga Chelsea dengan satu voli yang tak kuat tetapi terbias pada kaki Webster.

Sebelum gol Zouma ini, Dunk gagal menyempurnakan tandukan jarak dekat di depan Kepa Arrizabalaga.

Prestasi pemain baharu Chelsea Kai Havertz agak mengecewakan. Namun ini adalah perlawanan pertama, dan beliau dalam proses menyerasikan diri.

Beliau kehilangan bola 24 kali dan kalah duel sebanyak 7 kali dalam perlawanan ini.

kai havertz chelsea

Timo Werner mungkin agak kurang bernasib baik gagal mendapat gol dalam perlawanan ini. Beliau mendapatkan penalti untuk pasukannya dan pada masa yang sama hampir menjaringkan gol daripada kedudukan 1 lawan 1.

Kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan untuk pasukan Lampard membawa pulang 3 mata dari Amex.

Baca juga perkembangan lain

Lampard Tembak Sikap Hipokrit Klopp Sindir Perbelanjaan Lebih £200 Juta Chelsea

Le Classique: 5 Kad Merah Warnai Kekalahan PSG, Neymar Mendakwa Ada Serangan Rasis

Highlight EPL: Hatrik Salah Bantu Liverpool Kalahkan Leeds Dalam Aksi Sengit