Paul Pogba harus lebih konsisten di dalam prestasinya untuk berpindah ke Real Madrid, menurut Ander Herrera.

Herrera merasakan Pogba masih belum memenuhi potensi terbaik di dalam kariernya ketika ini. Masih banyak yang masih belum dikeluarkan dari dirinya.

Pogba telah menjadi perhatian dunia ketika aksi cemerlang di Juventus, dan kembali semula ke Man United pada 2016.

United mengeluarkan £89 juta pound untuk membawa pemain berusia 27 tahun itu kembali dari Juventus.

Sejak menyertai United, beliau telah menjadi pemain utama. Namun berdepan dengan isu konsitensi dan tumpuan di atas padang. Ada beberapa isu di luar padang yang kerap mengganggunya termasuk perang di antara ejen beliau dengan pengurusnya.

Pogba terus menjadi pemain yang dikaitkan dengan Real Madrid. Di mana Jose Mourinho sebelum ini mengakui akan perkara tersebut, menyatakan hati Paul Pogba sudah ada di Madrid bukannya di Old Trafford.

Cristiano.Ronaldo.Paul_.Pogba_

Pogba membuatkan ramai penyokong United bengang ketika itu, apabila terang terangan memberikan gambaran dia mahu mencari cabaran baharu.

Real Madrid masih mahu mendapatkan Pogba dan menjadikannya pengganti kepada beberapa pemain senior yang sudah menuju ke fasa akhir karier mereka.

Musim ini, Pogba banyak disisihkan kerana kecederaan yang melanda.

Namun, Herrera tidak begitu yakin bahawa Madrid akan mengejar bekas rakan sepasukannya itu.

Herrera percaya bahawa playmaker itu masih belum membuktikan kualiti sebenar dirinya untuk jangka masa yang panjang.

Bekas pemain tengah United itu – yang kini bermain di Perancis dengan Paris Saint-Germain – berkata kepada AS: “Sebagai pemain bola sepak, Paul mempunyai segalanya.”

“Dia berjaya mengatasi lawan, dia memenangkan bola kembali, dia bagus di udara, dia agresif, dia bertahan, dia menyerang, dia menjaringkan gol.”

“Tetapi dia mengalami prestasi turun naik di Manchester.”

“Dia bermain dalam beberapa perlawanan di mana dia benar-benar membuat perbezaan dan pada perlawanan yang lain di mana dia tidak melakukannya.”

“Dan untuk pemain dengan harga seperti yang ada padanya, kamu harus selalu [konsisten] hebat.”

“Sekiranya dia dapat mengekalkan konsistensi, maka tentu saja Madrid atau mana-mana kelab Eropah yang besar akan menginginkannya.”

“Namun, beliau kini sama situasi dengan [Kylian] Mbappe dan Neymar, dia berada di salah sebuah kelab terbesar di dunia dan sukar baginya untuk menginggalkannya.”

Pogba sudah kembali semula ke kem latihan United untuk persediaan menghadapi sambungan semula Liga Perdana Inggeris.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

CAS Akan Tentukan Nasib City Isnin Ini

5 Bakat Yang Dihasilkan Dari Akademi Genk

Diego Costa Didenda RM2.63 Juta Kerana Penipuan Cukai