Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Berita baik datang daripada kem pasukan Pahang apabila pemain pertahanan import dari Perancis, Herold Goulon kekal beraksi bersama skuad Tok Gajah bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh agensi yang membawa masuk Goulon ke Liga Malaysia iaitu Viza Management menerusi satu pengumuman di laman media sosial Instagram milik syarikat tersebut. Pemain berusia 31 tahun itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) sekaligus mengekalkan beliau sehingga tahun 2021.

Pada masa yang sama, Goulon turut memuat naik satu video di laman Instagram miliknya yang menunjukkan beliau sedang mendengar chant penyokong Pahang iaitu Ale Ale Tok Gajahku.

Dalam perkembangan lain, Herold Goulon dikhabarkan menolak tawaran daripada salah sebuah kelab Liga Portugal dan memutuskan untuk terus beraksi bersama Pahang musim hadapan.

Bekas pemain Blackburn Rovers ini menampilkan persembahan yang mantap dalam saingan musim 2019 dimana beliau membantu Pahang menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua dan menjaringkan beberapa gol termasuk jaringan dari jarak jauh ketika Pahang bertemu Perak dalam perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala FA.

Setakat ini, Pahang hanya menandatangani Sharbinee Allawee yang sebelum ini beraksi bersama Kuala Lumpur.

Baca artikel lain mengenai Herold Goulon di sini:

Jaringan Herold Goulon Tidak Disenaraikan Dalam 10 Terbaik Anugerah Puskas 2019

Jaringan Herold Goulon Wajar Dicalonkan Untuk Anugerah Puskas?

Perlawanan Gila Di Stadium Darul Makmur, Kedah Jumpa JDT Di Final Piala Malaysia 2019

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group