Pemain pertahanan import Pahang, Herold Goulon kekal bersama skuad Tok Gajah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, Herold masih mempunyai baki kontrak selama setahun bersama Pahang, sekaligus pemain dari Perancis itu kekal mengemudi benteng pertahanan pada musim 2021.

Herold Goulon mula beraksi bersama Pahang sejak musim 2019 dan beliau serta-merta menjadi salah satu pemain terbaik pasukan dalam dua musim terakhir.

Bahkan, Herold turut dilantik sebagai ketua pasukan dalam beberapa perlawanan sekiranya seorang lagi pemain import, Dickson Nwakaeme tidak dapat diturunkan dalam kesebelasan utama.

Selain menampilkan prestasi terbaik bersama Pahang, pemain berusia 32 tahun ini turut diingati setelah menjaringkan gol dari jarak jauh pada perlawanan separuh akhir saingan Piala FA musim lalu menentang Perak.

Setakat ini, Pahang sudah kehilangan tiga pemain iaitu Dickson Nwakaeme serta dua pemain muda iaitu Nik Shariff Haseefy dan Faisal Halim.

Nik Shariff dan Faisal masing-masing dikhabarkan menerima tawaran dari pasukan yang bersaing di Liga Super, namun setakat ini masih belum diketahui pasukan mana yang akan disertai oleh kedua-dua pemain.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Nik Sharif Haseefy Ucap Selamat Tinggal Kepada Pahang

Kedah Semakin Hampir Lengkapkan Perpindahan Rabih Ataya

Perak Kekalkan Tiga Pemain Bagi Hadapi Saingan Liga Malaysia 2021

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group