Akhirnya Manchester United beli Antony dengan harga bernilai €100 juta. Kesepakatan harga itu akhirnya dipersetujui antara dua dua buah kelab. Ini akan menjadikannya sebagai perpindahan termahal dalam sejarah Liga Belanda.

Fabrizio Romano menegaskan bahawa perjanjian tersebut akan menyaksikan Antony bermain di Manchester United sehingga 2027 dengan pilihan untuk melanjutkan tambahan setahun lagi.

Manchester United beli Antony untuk memperkasakan lagi barisan serangan mereka. Pemain antarabangsa Brazil itu beraksi di posisi sayap kanan.

Antony

Manchester United sebelum ini tidak menjadikan Antony sebagai sasaran utama mereka. Namun selepas terlepas Darwin Nunez dan kemudian terlepas Benjamin Sesko, sebagai pemain no.9, maka Ten Hag memutuskan untuk terus meneruskan kepercayaan kepada Martial, Ronaldo dan Rashford untuk posisi tersebut.

Ten Hag akhirnya meminta Richard Arnold mendapatkan Antony dari Ajax. Juara Belanda itu berkeras enggan melepaskan Antony. United kemudian membuat 3 tawaran dari sekitar €80 juta sehingga €90 juta. Kesemuanya ditolak.

Antony mendesak perpindahan tersebut dan mogok enggan hadir ke pusat latihan kerana kecewa Ajax enggan melepaskannya ke Manchester United. Kemudian pemain itu membuat kenyataan terbuka kepada Fabrizio Romano bahawa dia bengang dengan Ajax yang menghalang dia daripada menyertai Manchester United.

Antony juga memberitahu media di Belanda bahawa dia sangat kecewa Ajax menolak bidaan Man United dan meminta €100 juta, harga yang dianggap tidak munasabah diletakkan kelab itu.

Antony kemudian diarahkan hadir ke latihan atau didenda €50,000 untuk setiap hari yang dia gagal melapor diri. Akhirnya pemain itu melapor diri tetapi di dikatakan meminta pelepasan khas untuk pulang awal.

Antony diarahkan berlatih bersendirian, diasingkan daripada pemain lain sebagai hukuman dia mendesak perpindahan ke Manchester United.

Akhirnya kedua dua kelab mencapai kesepakatan harga €100 juta. Dengan Sao Paulo akan mendapat 20% daripada perjanjian ini sebagai bonus pembangunan pemain.

Ianya berita menggembirakan Antony yang akhirnya bergabung semula dengan Erik Ten Hag. Antony menjadi pemain kedua dijual Ajax ke Man United dalam satu jendela perpindahan musim panas kali ini.

Beberapa musim lalu Ajax menjual Donny Van De Beek ke Man United. Adakah Antony mampu menjadi legenda masa depan untuk Man United?