Christian Eriksen dilaporkan setuju syarat menyertai Manchester United.

Sebelum ini laporan menyebut bahawa pemain itu lebih memilih Spurs atau Brentford berbanding Manchester United.

Namun ternyata, Eriksen kini menjadi milik Manchester United.

David Ornstein mengesahkan bahawa pemain berusia 30 tahun itu akan menandatangani kontrak selama 3 tahun di Old Trafford.

Manchester United sudah lama memburu Eriksen untuk menggantikan pemergian Juan Mata.

Eriksen merupakan pemain ejen bebas. Dia sebelum ini bermain untuk Brentford selepas kontraknya ditamatkan atas persetujuan bersama dengan Inter Milan. Ini kerana Serie A melarang atlet bermain di pentas profesional dengan alat bantuan jantung.

Eriksen akan menambah kreativiti di tengah untuk Manchester United. Sejak 2013, hanya Kevin De Bruyne pemain tengah yang lebih banyak assist di EPL berbanding Eriksen.

Ianya satu perjalanan karier yang luar biasa buat perancang tengah antarabangsa Denmar itu dalam beberapa tahun ini.