Fabrizio Romano telah mengumumkan bahawa Andre Onana akan ke Manchester United, menamatkan satu lagi rundingan perpindahan yang panjang.

Fabrizio Romano sudah menganggap rundingan ini sebagai ‘Here We Go’, ayat keramat bahawa ianya sudah dimuktamadkan.

Andre Onana menjadi sasaran utama oleh Erik Ten Hag terutama sekali selepas pemergian David De Gea. Di mana United ketika ini masih tiada penjaga gol utama.

Andre Onana ke Manchester United dari Inter Milan, adalah perpindahan yang sangat dimahukan Erik Ten Hag kerana pemain itu adalah tipikal penjaga gol ‘ball playing’ yang diperlukannya dalam sistem permainan pasukannya.

Sebelum ini Inter Milan meminta €60 juta untuk pemain itu. Man United menawarkan harga lebih rendah.

Kedua dua kelab sebelum ini dilaporkan setuju dengan harga €55 juta untuk pemain itu.

Andre Onana juga dikatakan setuju dengan kontrak jangka panjang sehingga 2028 bersama Red Devils.

Andre Onana akan melengkapkan urusan medikal dan juga visa agar dia terus menyertai Man United dalam aksi jelajah pra musim di Amerika Syarikat.

Andre Onana penjaga gol yang pernah berkhidmat di bawah kendalian Erik Ten hag ketika di Ajax. Dia berjaya dibagungkan menjadi penjaga gol moden ketika di Ajax.

Namun kontraknya dengan Ajax tidak disambung selepas Onana digantung daripada bola sepak kerana ada barang terlarang dikesan di badannya.

Dia kemudian kembali ke arena bola sepak dengan menyertai Inter Milan. Dia cemerlang bersama Inter dan membantu kelab itu mara ke final UCL musim lalu.