Legenda Arsenal Thierry Henry menyatakan bahawa Lionel Messi bukannya penyelesaian kepada masalah PSG pada ketika ini.

Henery menganggao Lionel Messi sebagai manusia luar biasa tetapi pada masa yang sama tidak melihat pemain itu adalah keutamaan PSG pada ketika ini.

PSG berjaya mendapatkan Lionel Messi secara percuma selepas gagal memeterai kontrak baharu dengan Barcelona kerana halangan oleh FFP.

PSG setuju mendapatkan Messi dengan gaji €35 juta semusim dengan kontrak 2 tahun yang ada klausa lanjutan setahun.

Henry merupakan bekas gandingan Messi di Barcelona. Tidak menolak hakikat bahawa Messi akan menjadikan Barcelona lebih kuat di barisan serangan. Cuma pada pandangan Henry masalah PSG adalah pertahanan berbanding dengan serangan.

PSG sudah mendapatkan Sergio Ramos. Pemain pertahanan 35 tahun yang telah bermain 16 musim bersama Los Blancos itu juga menyertai PSG secara percuma. Ianya selepas gagal mendapatkan kontrak baharu.

Tetapi Henry tidak melihat Ramos adalah penyelesaian penting kepada masalah PSG di pertahanan berdasarkan usianya dan rekod kecederaannya musim lalu.

PSG sudah mendapatkan Achraf Hakimi dan Donnarumma. Tetapi Henry tetap dengan pendiriannya, bahawa pasukan PSG akan berdepan dengan masalah keseimbangan di barisan pertahanan.

“Pada satu ketika kita sering berbicara tentang pemain hebat, permainan menyerang dan sebagainya, tetapi jangan lupa keseimbangan pasukan,” kata Henry.

“Apabila anda mempunyai manusia super, semuanya akan kelihatan mudah, tetapi melihat PSG pada masa ini, mereka banyak bolos. Itulah sebabnya keseimbangan sangat penting dalam satu pasukan,” tambah Henry lagi,

Adakah anda bersetuju dengan Henry?

Baca juga artikel

Bayern Julang Piala Super DFL Untuk Kesembilan Kali Berturut Turut Tewaskan Borussia Dortmund

Jordi Alba:”Saya Sentiasa Sedia Bantu Kelab, Kamu Tanyalah Presiden Dia Buat Apa?”

Highlight EPL: Spurs Tewaskan Kesebelasan £550 Juta, Termahal Dalam Sejarah