Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Legenda Arsenal, Thierry Henry menyatakan bahawa: “Kamu tidak boleh memenangi UCL, bertahan dengan hanya 7 pemain.”

Henry berkata begitu dalam analisisnya di CBS. Di mana Henry menyifatkan penyerang 3 serangkai PSG malas bertahan dan tidak banyak membantu ketika pasukan mereka diserang.

City berterusan menyerang ke kubu PSG. Dan menikmati penguasaan bola yang sangat tinggi.

Kylian Mbappe membuka tirai jaringan di Etihad. Sebelum skuad bimbingan Pep Guardiola bangkit dengan 2 gol untuk menang hasil jaringan Raheem Sterling dan juga Gabriel Jesus.

Henry mensasarkan kritikannya ke ara Kylian Mbappe, Lionel Messi dan juga Neymar kerana aksi kurang bermaya mereka pada malam Rabu.

Henry mengingatkan PSG bahawa mereka tak akan mampu menjulang kejuaraan UCL mereka yang pertama jika bintang bintang serangan mereka berterusan mengabaikan tanggungjawab untuk bertahan.”

Henry berkata: “Jika kamu nak memenangi Liga Juara Juara Eropah, kamu tak boleh bertahan hanya dengan tujuh orang pemain. Ianya mustahil. Saya tak peduli kamu siapa.”

“Dua bek sisi mereka hari ini terdedah dengan serangan dan secara virtualnya sebagai 1 lawan 3, 3 lawan 2 di dalam padang.”

“Pasukan yang menenangi kejuaraan dan Liga Juara Juara Eropah biasanya serangan bertiga mereka akan lebih banyak berhadapan dengan bola.”

“Dengan cara itu, barulah bek sisi mereka dapat bermain lebih selesa di belakang mereka.”

“Namun sekarang ini, bek sisi mereka sangat terdedah.”

Henry kemudian menambah bahawa, PSG harus sedar bahawa mereka bermain di UCL berhadapan dengan Manchester City. Ianya berbeza dengan lawan lawan mereka di peringkat domestik di Perancis.

Kerana di Ligue 1, PSG tidak ada lawan yang benar benar memberikan mereka persaingan. Lebih lebih lagi jurang kualiti antara PSG dengan pasukan lain di Ligue 1 adalah sangat jauh.

Henry menambah: “Pasukan di Perancis tidak mampu mendedahkan mereka seperti ini, tetapi Manchester City mampu melakukannya.”

Selain itu, Henry melihat Pochettino menjadi serba salah dalam pengurusan pasukan. Di mana pengurus itu tidak tahu siapakah yang dia harus keluarkan. Kerana risau 3 trio bintang tersebut akan berkecil hati.

“Pochettino tidak mampu menjadi Pochettino dengan pasukan yang dia ada ini.”

“Dia tak tahu siapa dia nak keluarkan [Messi, Mbappe or Neymar]? Oleh sebab itu dia masukkan Di Maria dan melettakan dia di peranan tengah padang. Namun itu tidak membantu mereka untuk menutup ruang daripada berterusan tededah dengan serangan.”

Baca juga artikel

UCL: Turunkan Trio Mahal, PSG Terkena ‘Comeback’ Manchester City

UCL: Salah, Thiago Pastikan Liverpool Teruskan Rekod Kemenangan 100%

Benzema Dihukum Penjara Setahun Kerana Kes Ugut Guna Video Lucah Ke Atas Valbuena

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group