Biarpun pemilihan Hazwan Bakri dalam skuad Harimau Malaya dikritik hebat oleh penyokong bola sepak tempatan kerana kekurangan minit permainan bersama pasukan JDT, namun beliau tetap memberikan komitmen penuh untuk merebut tempat dalam senarai 23 pemain akhir ke kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Justeru itu, Hazwan tekad untuk menutup mulut pengkritik dengan membuktikan kemampuan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Jordan pada hari jumaat ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dijangka akan mengugurkan 4 pemain daripada senarai 27 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat untuk dibawa ke Jakarta pada perlawanan pertama kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia pada 5 September ini.

69038924_2346145172148900_5680549614277623808_o
FOTO: FAM

“Saya bersyukur kerana jurulatih masih memberi peluang pada saya. Saya tahu saya jarang dapat bermain di JDT, saya tak pertikaikan itu kerana ada banyak pemain berkualiti di sana.

“Dari segi kecergasan, saya rasa tiada masalah kerana latihan di kem kebangsaan juga berintensiti tinggi. Terpulang kepada jurulatih nak turunkan siapa, tetapi saya akan beri komitmen yang tinggi untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama,” katanya dalam Bernama. 

Mengulas mengenai aksi menentang musuh tradisi, Indonesia, Cheng Hoe menyifatkan skuad Garuda kali ini lebih kuat dan mantap di semua posisi selepas penambahan beberapa pemain naturalisasi yang berkualiti.

Bagaimanapun, beliau yakin dengan kemampuan anak buahnya dan berharap mereka dapat mengulangi semula prestasi terbaik seperti dalam saingan Piala AFF tahun lepas.

68537727_2346147508815333_2283953721274531840_o
FOTO: FAM

“Kita tidak boleh terlalu emosional ketika beraksi menentang Indonesia sehingga menyebabkan kita hilang fokus. Kalau kita lihat pada sejarah pertembungan Malaysia dan Indonesia, memang kedua pasukan ini seimbang, tiada kelebihan bagi kedua-dua pasukan.

“Tetapi kali ini kita nampak persiapan Indonesia lebih serius, dengan penambahan pemain naturalisasi, jadi kita tak boleh nilai berdasarkan tempo mereka pada Piala AFF sebelum ini kerana mereka lebih mantap sekarang.

“Saya juga sangat gembira dengan prestasi pasukan kita sekarang, kerana kita telah menunjukkan peningkatan dalam semua perlawanan. Aksi menentang Jordan (ranking 99 dunia) sebagai satu penanda aras untuk pasukan kebangsaan sama ada kita boleh perform atau tidak, tapi saya sangat positif mengenai perlawanan itu,” katanya.

Artikel lain berkaitan dengan skuad Harimau Malaya, baca di sini:

Brendan Gan Tidak Sabar Sarung Jersi Skuad Harimau Malaya

Greg Nwokolo Yakin Indonesia Tewaskan Harimau Malaya Di Gelora Bung Karno

Datuk Hamidin Cabar Skuad Harimau Malaya Mara Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022

Sumber