Sejak menyertai Real Madrid, Eden Hazard bergelut dengan banyak perkara. Daripada prestasi di atas padang, sehinggalah ke isu kecergasan, dan juga masalah berat badan.

Sebelum ini ketika di Chelsea, Eden Hazard memang kerap tidak mengawal pemakanan beliau pada pra musim. Namun ketika itu beliau sangat cepat menurunkan berat badan sebaik sahaja musim bermula.

Oleh sebab itu peminat Chelsea tidak begitu risau dengan kondisi Hazard pada pra musim.

Namun di Real Madrid, Hazard masih bergelut untuk menurunkan berat badannya. Malah doktor perubatan di Real Madrid menyatakan berat badan Hazard terlalu tinggi, dan tidak pernah di Chelsea beliau mencatatkan angka tersebut.

Hazard terlebih 7kg daripada berat badan unggul beliau ketika tiba di Real Madrid.

Walaubagaimanapun, Hazard berjanji akan mengembalikan berat badannya kepada bentuk unggul seperti mana yang biasa dilakukannya di Chelsea.

Malang sekali, beliau terus gagal untuk mendapatkannya musim ini. Lebih teruk, apabila bola sepak terpaksa berehat panjang kerana lockdown koronavirus.

Lagilah besar cabaran Hazard untuk mengembalikan berat badannya di rumah tanpa bantuan pakar ketika lockdown.

Bercakap kepada RTBF, Hazard mengakui beliau sukar mengawal tabiat makannya. Di mana ketika di rumah, beliau kerap ke dapur dan mengambil apa sahaja makanan yang ada.

Hazard juga sudah mencuba untuk tidak makan roti terlalu banyak.

Hazard berkata: “Ianya sangat sukar buat saya. Saya dah cuba untuk mengurangkan kekerapan makan. Saya dah cuba untuk tidak pergi ke dapur, dan saya sudah cuba untuk tidak makan banyak roti. Ini memang tak mudah.”

Hazard kemudian mendedahkan beliau sentiasa berhubung dengan pegawai fisio pasukan secara atas talian. Ini adalah untuk latihan kecergasan fizikal.

“Saya bekerja dengan ahli fisio menerusi panggilan video secara online. Beliau tak boleh datang ke sini lagi, kerana dia sedang sakit ketika ini dan perlu berada di rumah.”

“Kami sudah lakukan rutin latihan itu, 10 hari lalu. Beliau menghantar beberapa video kepada saya dari rumahnya.”

“Saya berusaha untuk menguatkan lagi buku lali saya. Dan semuanya saya lakukan di rumah.”

Beberapa hari lalu, Hazard menyatakan beliau menerima kritikan dilemparkan ke atasnya. Kerana beliau sedar bahawa sangat sedikit sumbangan beliau kepada pasukan musim ini.

Malah Hazard tidak menafikan kritikan yang diterima menyatakan ini adalah musim yang buruk untuk beliau.

Hazard bertekad untuk bangkit pada musi hadapan dan cuba untuk memenuhi harapan dan ramalan daripada penyokong Real Madrid ke atasnya.

Eden Hazard menyertai Real Madrid musim ini dari Chelsea dengan nilai perpindahan keseluruhan mencecah £130 juta.

Baca juga artikel bola sepak yang lain:

Pirlo: Maestro & Komposer Yang Menentukan Irama Serta Alunan Dengan Kakinya

Scholes: United Masih Jauh Di Belakang City & Liverpool Walaupun Ada Fernandes

Zenit Guna Dron Serah Trofi Pemain Terbaik Kepada Malcom

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group