Nampak gayanya peminat Real Madrid sekali lagi harus bersabar untuk melihat kelibat Eden Hazard sebagai pemain Los Blancos.

Eden Hazard dilaporkan mengalami kecederaan otot di kaki kanan.

Kondisi beliau membuatkan Hazard terpaksa disisikan sekali lagi sehingga 3 ke 4 minggu.

Ini juga bermakna Eden Hazard akan terlepas aksi El Clasico pertama musim ini pada 25 Oktober 2020.

Real Madrid menerusi satu kenyataan ringkasnya berkata:

“Setelah ujian yang dilakukan leh pasukan perubatan Real Madrid hari ini ke atas pemain Eden Hazard, dia telah didiagnosis mengalami kecederaan di otot kaki kanannya.”

“Kami akan terus memantau proses pemulihan beliau.”

Hazard yang awalnya dijangka akan membuat kemunculan semula dalam aksi La Liga berdepan Real Valladolid semalam. Namun namanya terpaksa digugurkan pada saat akhir.

Eden Hazard dilaporkan sangat kecewa dan sedih dengan satu lagi kecederaan yang menimpanya.

Beliau setakat ini sudah 213 hari berada di pusat pemulihan kecederaan secara terkumpul – sejak menyeertai Real Madrid.

Sebelum ini Eden Hazard disisihkan oleh Zidane kerana masih belum berada dalam kondisi memuaskan. Dilaporkan Zidane tidak berpuas hati dengan berat badan berlebihan Hazard.

Hazard dibeli dari Chelsea dengan harga mencecah sehingga £130 juta termasuk bonus. Beliau diharap dapat untuk menjadi pengganti Cristiano Ronaldo sebagai bintang utama Real Madrid.

Namun segalanya agak berliku untuk Hazard di Madrid, kerana diganggu masalah kecederaan yang kerap.

Baca juga perkembangan lain

Mourinho Tembak Lampard: “Masa Ketinggalan 3-0 Hari Tu Kau Duduk Saja”

EPL: Liverpool Kekal Permulaan Sempurna, Diogo Jota Skor Pada Hari Debut

Rodri Perlekeh Kemenangan Leicester: “Mereka Tak Main Bagus Mana Pun, Cuma Bernasib Baik”

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group