Pakar analisis pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haydee Agras dilaporkan sudah meninggalkan juara bertahan saingan Liga Super itu.

Perkara ini dikongsikan oleh Haydee menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana beliau mengucapkan terima kasih kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta bekas ketua jurulatih pasukan, Benjamin Mora sepanjang berkhidmat bersama kelab tersebut.

“Saya sudah berada di kelab ini sejak tahun 2019 dan hari ini adalah masa untuk saya mengucapkan selamat tinggal. Banyak perkara yang saya pelajari dan saya mengambil pengalaman daripadanya dan sudah pasti akan saya bawa sepanjang hidup saya.

“Terima kasih kepada TMJ kerana memberi saya peluang untuk berada menjadi sebahagian daripada keluarga JDT. Saya terhutang budi dengan peluang yang sudah diberikan untuk mengembangkan lagi kerja saya dan berjuang untuk pihak kamu.

“Terima kasih juga kepada Benjamin Mora kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada staff anda. Tahap profesionalisma, cara kerja dan sifat kemanusiaan adalah melebihi pencapaian anda sebagai ketua jurulatih JDT. Dan ini membuktikan banyak perkara. Legasi,” kata Haydee Agras.

Bekas pemain futsal ini dilaporkan diberi tugasan untuk menyediakan kira-kira 300 laporan lengkap perlawanan dan menonton 400 perlawanan bola sepak setiap tahun.

Peranan Haydee secara tidak langsung menjadi nadi utama pasukan dalam meraih kejayaan sejak beliau menyertai pasukan pada musim 2019 lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Piala FA 2022: Rahadiazli Bawa Terengganu Mara Ke Final Jumpa JDT

Kedah Buat Persiapan Ke Piala AFC Tanpa Kelibat Mahmoud Al-Mardi

Piala FA 2022: JDT Mara Ke Final Selepas ‘Tibai’ Penang 6-1