Pasukan Jerman tidak melakukan latihan penalti khas menjelang perlawanan pusingan 16 akhir – Euro 2020 – menentang England di stadium Wembley. Havertz juga menegaskan bahawa mereka akan dapat menyelesaikan perlawanan tersebut dalam masa 90 minit.

Jerman telah memenangi setiap penentuan penalti dalam aksi Piala Dunia. Begitu juga dalam dua dari tiga di Euro, hanya kalah satu yang pertama di final Euro 1976 kepada Czechoslovakia.

Mereka juga mengalahkan England menerusi penalti di Wembley di separuh akhir Euro pada edisi 1996 sebelum memenangi mahkota Eropah ketiga mereka.

Kai Havertz berkata: “Kami akan memasuki pertandingan dengan ingin memenanginya dalam 90 minit.”

“Ini tentu saja boleh berlanjutan ke penentuan penalti pada peringkat kejohanan ini, jadi kami harus bersiap sedia. Jelas selepas latihan kami melakukan beberapa penalti untuk melihat siapa pengambil penalti lebih baik. Namun tidak ada latihan penalti yang besar.”

“Tetapi ini bukan masalah terbesar dalam permainan. 120 minit sebelum itu mungkin jauh lebih penting dan memberikan tekanan kepada diri sendiri untuk memikirkan penalti .”

Jerman memenangi hanya satu perlawanan dalam kumpulan mereka tetapi mara di tempat kedua setelah seri 2-2 dalam enam minit terakhir menentang Hungary.

England pula hanya menjaringkan dua gol walaupun bergelar juara kumpulan. Namun Havertz menganggap England tetap bahaya.

“Adalah salah untuk meremehkan kualit mereka. Kami sangat kena England. Mereka mempunyai beberapa pemain terbaik di dunia dan, ya, mereka juga mempunyai ruang untuk terus meningkat.”

“Tetapi England belum bolos sebarang gol dalam kejohanan ini dan mereka memiliki banyak kualiti individu. Anda harus menghormati mereka tetapi kami juga pasukan dengan pemain yang bagus.”

“Bagi saya dan seluruh pasukan, ia akan menjadi permainan yang istimewa.”

Baca juga artikel

Fernando Santos Anggap Kemenangan Belgium Tak Adil Dan Tak Sabar Nak Menang Piala Dunia 2022

Bale Salahkan Pengadil Punca Kekalahan Wales

Martinez Gesa Akademi Di Belgium Tayang Aksi Lawan Portugal Sebagai Rujukan ‘Seni’ Bertahan