Penyerang muda sensasi Norway, Erling Braut Haaland terus menggemparkan dunia bola sepak dengan pencapaian luar biasanya.

Semalam, penyerang muda Borussia Dortmund itu menjaringkan hatrik sulungnya di peringkat antarabangsa dalam aksi Norway berdepan dengan Romania.

Sebelum ini, Haaland kecewa kerana gagal membantu negaranya dalam play off berdepan dengan Serbia.

Beliau membalasnya dalam aksi berdepan dengan Romania. Haaland terlalu klinikal untuk dikawal oleh pertahan.

Erling Haaland membuka tirai jaringan untuk pasukannya pada minit ke-13.

Kemudian pada minit ke-39, Alexander Sorloth menjaringkan gol kedua untuk Norway.

Besambung babak kedua, Halaand menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-64.

10 minit kemudian, Haaland melepaskan rembatan bak peluru untuk mencipta hatrik antarabangsa pertamanya.

Haaland ternyata berada dalam prestasi terbaiknya. Melakukan 7 percubaan dengan 5 on target. Beliau melengkapkan 3 per 3 gelecekan dan melakukan 1 hantaran kunci kepada rakannya.

Perlawanan seimbang dari segi penguasaan bola. Namun Norway mencipta 21 percubaan ke arah gol lawan dengan 10 daripadanya adalah tepat.

Baca juga perkembangan lain

Lampard Tak Puas Hati Dan Masih Mahukan Pemain Selepas Berbelanja Lebih £200 Juta

Pogba Dengan Terbuka Akui Mahu Bermain Untuk Real Madrid

Cavani Akhirnya Buka Mulut Insiden Berebut Penalti Dengan Neymar