Jaringan hatrik penyerang import, Kipre Tchetche membantu pasukan Kedah menewaskan kelab Hong Kong, Tai Po FC dengan keputusan 5-1 sekaligus mara ke pusingan ketiga saingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman, skuad bimbingan Aidil Sharin nyata lebih dominan berbanding lawan mereka dimana membuka tirai jaringan seawal minit ke-3 menerusi Kipre.

Kipre menjaringkan gol kedua Kedah pada minit ke-21 dan nasib malang Tai Po berterusan apabila mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Sun Ming Him dilayangkan kad merah. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 2-0.

Memasuki separuh masa kedua, seorang lagi pemain baharu, Hadin Azman menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-46 dan ke-66 sebelum Chan Man Fai menjaringkan gol tunggal bagi Tai Po pada minit ke-68.

Pada minit-minit akhir permainan, Kipre melengkapkan hatrik beliau dimana menjaringkan gol kelima Kedah sekaligus melayakkan juara Piala FA 2019 itu ke pusingan ketiga.

Kedah bakal menghadapi kelab dari saingan K.League, FC Seoul pada kelayakan pusingan ketiga.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kedah di sini:

Langkah Pengurusan Kedah FA Haramkan Kuaci Di Stadium Darul Aman Wajar Dipuji

Kipre Tchetche Yakin Kedah Raih Keputusan Positif Berdepan Tai Po FC