Pasukan negara memulakan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan langkah kanan apabila menewaskan Indonesia dengan keputusan 3-2 di gelanggang keramat mereka iaitu Stadium Gelora Bung Karno semalam.

Namun, perlawanan tersebut dicemari dengan kekecohan penyokong tuan rumah sehingga menyebabkan permainan terpaksa dihentikan pada separuh masa kedua serta beberapa penyokong Malaysia mengalami kecederaan seperti patah tangan dan luka di kepada dan bahagian belakang badan akibat dibaling dengan objek keras.

Andritany Ardhiyasa

Andritany Ardhiyasa.

Penjaga gol Indonesia, Andritany Ardhiyasa menegaskan beliau sedih dengan kekalahan yang dialami skuad Garuda. Namun, apa yang membuatkan beliau sakit hati adalah kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong Indonesia.

Cukup sakit kerana kami dibolosi pada minit-minit terakhir. Saya kecewa tetapi saya lebih sakit hati melihat kejadian yang berlaku di stadium. Insiden tersebut nyata mencalarkan nama baik Indonesia.

Seharusnya, walau apa pun hasil perlawanan, semua pihak harus menerima keputusan. Sudah pasti kami ingin meraih kemenangan. Meskipun keputusan tidak berpihak kepada kami, namun kami harus menerimanya. Secara jujurnya, saya sebagai ketua pasukan sangat sedih dan kecewa dengan apa yang dilakukan oleh beberapa kumpulan penyokong,” kata Andritany Ardhiyasa menurut laporan Goal Indonesia.

Pada perlawanan semalam, Indonesia terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Beto Goncalves. Malaysia kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohamadou Sumareh. Namun, Indonesia kembali di hadapan sejurus sebelum separuh masa pertama tamat menerusi gol Beto.

Memasuki babak kedua, Syafiq Ahmad menjaringkan gol penyamaan sebelum Sumareh menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir permainan.

Anda boleh membaca artikel mengenai kekecohan penyokong Indonesia di sini:

Dua Penyokong Malaysia Cedera Setelah Diserang Penyokong Indonesia

Pihak Keselamatan GBK Gagal, Jaminan PSSI Tidak Boleh Digunapakai

Insiden Balingan Objek Kearah Penyokong Malaysia Sehingga Perlawanan Dihentikan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group