Meskipun baru sahaja muncul juara Piala AFF B-19 tahun, namun ketua jurulatih pasukan negara, Hassan Sazali Waras tetap merendah diri sambil memuji persiapan pasukan lain sebelum beraksi di saingan tersebut.

Menurut Hassan, beliau menganggap pasukan tuan rumah iaitu Indonesia memiliki persiapan yang jauh lebih baik berbanding skuad negara dan beliau mahu kedua pasukan bertemu dalam satu aksi persahabatan.

Indonesia sempat beraksi dalam kejohanan Piala Toulon yang berlangsung di Perancis dimana mereka turun menentang beberapa pasukan ternama di dunia bola sepak yang dibarisi oleh pemain muda terbaik di dunia ketika ini.

“Indonesia memiliki persiapan yang lebih rapi. Kalau saya bandingkan dengan persiapan pasukan saya, saya rasa mereka lebih unggup kerana beraksi di Eropah sebelum kejohanan bermula,” katanya.

Malaysia muncul juara Piala AFF B-19 tahun dengan menewaskan Laos di perlawanan akhir dimana dua pemain menjadi wira negara iaitu Faiz Amer Runizar dan Aliff Izwan dimana mereka menjaringkan gol pada perlawanan tersebut sekaligus membalas dendam di atas kekalahan pada aksi peringkat kumpulan.

Hassan Sazali menegaskan pasukannya bersedia untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang Indonesia sebelum kelayakan Piala AFC B-20 tahun bermula.

“Sebelum beraksi di kelayakan Piala AFC B-20 tahun, mungkin tidak salah untuk kita mengadakan perlawanan serumpun antara Indonesia dan Malaysia.

“Saya rasa ada hal positif yang boleh dipelajari oleh Malaysia kerana Indonesia telah belajar sampai ke Eropah,” tambahnya.

Saingan AFC B-20 tahun akan berlangsung pada 1 hingga 18 Mac tahun hadapan dan Uzbekistan dipilih sebagai tuan rumah. Saingan kelayakan pula dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 18 September ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Malaysia Lunas Dendam Ke Atas Laos, Muncul Juara Kejuaraan AFF B-19 2022

Liga Super 2022: Forestieri Muncul Wira JDT Tewaskan Sabah Di Saat Akhir

Tan Cheng Hoe Nafi Sertai Selangor