Hasrat pemain kacukan negara, Kobe Chong untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Menurut laporan Harian Metro, Kobe sepatutnya menyertai pasukan negara bagi menghadapi saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Namun, perkara tersebut harus ditangguhkan kerana beliau tidak dapat memasuki negara kerana sempadan ditutup buat sementara waktu bagi memerangi pandemik COVID-19.

Kobe Chong

Sumber Gambar: Facebook Kobe Chong

Menurut Kobe Chong, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghubungi beliau bagi menawarkan tempat dalam skuad kebangsaan dan bekas pemain akademi Cagliari itu bersetuju untuk menyarung jersi Malaysia.

“Saya sepatutnya datang ke Malaysia pada tahun ini dan mengikut perancangan mula menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.

“Mereka (FAM) ada menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan setakat ini bersetuju mewakili negara di pentas antarabangsa,” katanya.

Kobe merupakan salah satu pemain muda kacukan Malaysia yang diberi perhatian dan termasuk dalam senarai pemain untuk membarisi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Pemain berusia 19 tahun itu pernah beraksi berasama akademi ternama di Eropah seperti West Bromwhich Albion (EPL) serta Cagliari (Serie A).

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Jorge Pereyra Diaz Bakal Kembali Ke Saingan Liga Malaysia

RASMI: JDT Umum Jonathan Herrera Sebagai Pemain Import Baharu

Real Chukai FC Kelab Amatur Pertama Di Terengganu Memiliki Fasiliti Stadium Sendiri

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group