Hasrat Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk menubuhkan pasukan pembangunan, Kuala Lumpur II tidak kesampaian apabila permohonan mereka ditolak oleh pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Perkara ini disampaikan oleh pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ghani Hassan yang menegaskan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihaknya bagi saingan Liga M3 tidak membenarkan pasukan yang mahu ditubuhkan itu menyertai saingan musim 2020.

Hasrat
Pemangku CEO MFL, Datuk Ghani Hassan

“Hasrat KLFA itu tidak boleh kami terima kerana pasukan dalam Liga M3 hadir daripada saingan Liga M4. Jadi, kalau nak terus masuk Liga M3, tidak boleh.

“Saya telah memaklumkan KLFA dan mereka faham, kini tiada lagi isu. Jadi, jika ada pasukan Liga Perdana memohon untuk kelab sokongan, ia tidak boleh dipertimbangkan buat masa ini,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Hasrat
Sumber Gambar: KL Hawks

Pada Disember lalu, ketika Khalid Samad dilantik sebagai Presiden KLFA, beliau mahu menubuhkan kelab sokongan yang nantinya akan diletakkan dalam saingan Liga M3 dan dikhabarkan badan induk itu sudah memulai fasa mencari pemain serta mahu meletakkan beberapa pemain senior dalam pasukan utama.

Untuk rekod, ada empat pasukan pembangunan yang mengambil bahagian dalam Liga Malaysia musim 2020 iaitu Selangor II Perak II, Johor Darul Ta’zim II dan Terengganu FC II.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kuala Lumpur di sini:

Liga Malaysia 2020: Bekas Pemain Marseille Perkuatkan Jentera Serangan Kuala Lumpur

Khalid Samad Jamin Skuad Kuala Lumpur Tidak Akan Berdepan Masalah Tunggakan Gaji

Pasukan ‘Feeder Club’ Kuala Lumpur Akan Beraksi Dalam Liga M3