Bekas pengurus Spurs, Harry Rekdnapp percaya bahawa kualiti seperti Harry Kane membolehkan pemain itu bermain di mana sahaja, walaupun untuk Barcelona ataupun Real Madrid.

Malah Redknapp yakin pemain itu sudah bersedia untuk menyertai kelab seperti Barca atau Real Madrid pada suatu hari nanti.

Namun Harry Redknapp tidak pasti dengan Manchester United. Beliau tidak nampak ada perkara yang terlalu menarik di mata Harry Kane untuk datang ke sana.

Laporan minggu ini menyatakan bahawa Man United sudah sedia untuk mendapatkan Harry Kane. Dan Spurs sudah meletakkan harga £200 juta untuk kapten kebangsaan England berusia 26 tahun itu.

Man United Dibenar Bercakap Dengan Kane Jika Setuju Bayar £200 Juta

Jika itu berlaku, Harry Kane bakal menjadi pemain termahal di dunia.

Masa depan Harry Kane terus menjadi persoalan selepas sekali lagi Spurs bergelut untuk mendapatkan trofi.

Kane mungkin tidak akan komited untuk kontrak baharu di Spurs.

Legenda Man Utd, Gary Neville melabel Kane, serba serbi menepati tradisi Man United. Antara seorang pemain Inggeris terbaik dalam generasinya.

Dan United sebelum ini sentiasa ada pemain-pemain Inggeris ataupun British yang terbaik di dalam pasukan.

Harry Redknapp pula berpendapat, Man United tidak akan menjadi pertimbangan utama Harry Kane berbanding pasukan besar yang lain.

Ini kerana menurut Redknapp lagi, Man United pada ketika ini tidak lebih baik daripada Spurs.

Dan pada ketika ini Spurs dan United dilihat masih bersaing untuk ke tempat Liga Juara Juara Eropah.

“Kane adalah pemain istimewa. Penyerang tengah terbaik di Premier League. Dan untuk pemain jenis seperti beliau, saya rasa tiada pemain lebih baik daripada beliau.”

“Ok, Harry Kane bukan Messi, bukan Ronaldo, tetapi beliau penyerang tengah yang membuat kerjanya, dan tiada orang lain lebih baik daripadanya.”

“Beliau boleh bermain di mana sahaja, termasuk dengan Man United. Namun pada ketika ini, Man United bukannya pasukan lebih baik daripada Spurs. Saya tak nampak ada perbezaan yang banyak di antara kedua-dua pasukan.”

“Kedua dua pasukan masih bergelut untuk ke tempat empat teratas.”

“Kane mungkin akan lebih tertarik dengan perpindahan ke Real Madrid atau Barcelona pada suatu hari nanti.”

“Namun buat masa ini, beliau masih milik Spurs, kecualilah Jose Mourinho dan Daniel Levy memutuskan untuk menerima wang yang ‘gila’ banyak untuk mereka mendapatkan 3 pemain baharu demi untuk membina pasukan.”

“Jika tidak, saya hanya nampak Kane akan kekal di Spurs.”

Baca lagi artikel tentang bola sepak yang lain:

Pengambilalihan £300 Juta Newcastle Dipersetujui, Tunggu Pengesahan EPL

Neville Anggap Perpindahan Kane Menepati Tradisi Man United

Takefusa Kubo: Messi Masih Rujukan Saya Namun Barcelona Hanyalah Kisah Silam