Kapten Manchester United, Harry Maguire dilaporkan telah menyarankan kepada kelab bahawa dia ingin ‘pertahanan yang bertutur berbahasa Inggeris atau kelahiran Inggeris’ untuk bekerjasama dengannya.

Bos United, Ole Gunnar Solskjaer telah menggilirkan Eric Bailly dan Victor Lindelof bersama Maguire dengan harapan akan dapat membentuk gandingan yang mantap.

Walaupun terdapat peningkatan, namun Red Devils dikatakan masih mencari bek tengah baharu untuk musim hadapan.

Terbaru, Duncan Castles melaporkan bahawa kapten United yang berusia 28 tahun itu mahukan pemain pertahanan yang boleh berbahasa Inggeris atauberbangsa Inggeris untuk bergandingan dengannya di bahagian pertahanan.

Ini kerana Maguire mahu pemain yang memahami budaya bola sepak Inggeris. Castles menambah bahawa bekas bintang Leicester City itu telah ‘mencadangkan’ bek tengah Brighton Ben White kepada United.

White, 23, telah membuat 29 penampilan untuk Brighton musim ini setelah kembali semula dari kejayaan pinjaman dengan Leeds United musim lalu.

Pemain pertahanan Brighton itu kini masih ada kontrak sehingga 2024, telah muncul sebagai salah satu sasaran yang dilihat berpotensi dibawa masuk oleh Solskjaer pada musim panas akan datang.

United juga dikaitkan dengan bek tengah Villarreal, Pau Torres, sementara pemain pertahanan Sevilla, Jules Kounde adalah pilihan lain dalam radar United.

Maguire terus menjadi pemain pertahanan utama Solskjaer pada musim ini. Dan beliau kekal menjadi kapten United di bawah kendalian Ole.

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: Chelsea Dan Man United Mahukan Donnarumma

UEL: Milan Dapat ‘Away Goal’ Pada Masa Kecederaan Menerusi Tandukan Cantik Kjaer

UCL: Barcelona Gagal Catat La Remontada, Messi Skor Jarak Jauh, Namun ‘Miss’ Penalti