Seorang pemain yang mempunyai pertalian darah dengan Malaysia, Harry Edge menyatakan beliau terbuka untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan sekiranya dipanggil pada masa akan datang.

Harry merupakan pemain tengah yang pernah beraksi di Eredivisie serta liga New Zealand dan ketika ini beliau beraksi bersama kelab Sweden, Torslanda IK.

Di laman media sosial Twitter baru-baru ini, bapa Harry iaitu Declan Edge berkata anaknya terbuka untuk beraksi bersama Malaysia di pentas antarabangsa.

Pada masa yang sama, Declan menyatakan bahawa beliau lahir di Melaka dan mengikut peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Harry layak untuk menyarung jersi pasukan Malaysia.

Sebelum ini, seorang lagi pemain iaitu Marcel Kalonda turut dikaitkan dengan skuad kebangsaan dimana beliau mempunyai pertalian darah dengan Malaysia melalui datuknya yang dilahirkan di Sabah.

Marcel merupakan pemain pertahanan berusia 22 tahun dan ketika ini beliau beraksi di liga Zambia.

Baca artikel lain mengenai pemain kacukan dan naturalisasi pasukan negara di sini:

Marcel Kalonda Nafi Lahir Di Malaysia, Akui Datuk Berasal Dari Sabah

Rating Pemain Naturalisasi Dan Kacukan Bersama Skuad Harimau Malaya

Malaysia Bakal Punyai Pemain Pertahanan Asean Termahal Jika Johan Dion Cools Sarung Jersi Harimau Malaya