Ketua jurulatih skuad B-22 tahun negara, Brad Maloney memanggil pemain pertahanan Selangor, Harith Haiqal bagi menyertai kem latihan pusat menjelang saingan kelayakan AFC B-23 tahun yang akan bermula pada hujung bulan ini.

Perkara ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman media sosial rasmi badan itu sekaligus memberikan Brad salah seorang pemain penting beliau.

Sebelum ini, Harith dilaporkan tidak dapat beraksi bersama skuad B-22 tahun negara ekoran tidak mendapat pelepasan daripada kelabnya, Selangor yang sedang mengalami krisis di bahagian pertahanan.

Menurut perkongsian Youth Football Malaysia, keputusan Selangor untuk memberi pelepasan kepada pemain berusia 19 tahun itu untuk menyertai skuad B-22 tahun adalah kerana pengumuman oleh kerajaan yang memendekkan tempoh kuarantin.

Pemendekan tempoh kuarantin ini membolehkan Harith terus beraksi bersama Selangor dalam saingan Piala Malaysia selepas menamatkan tugasan bersama skuad kebangsaan.

Pasukan negara akan berlepas ke Ulaanbaatar, Mongolia pada 20 Oktober bagi menghadapi saingan kelayakan dari 25 hingga 31 Oktober ini. Malaysia diundi dalam kumpulan J bersama Laos, Mongolia dan Thailand.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Gaji Naik 160% Serta Peluang Merebut Tempat Ke AFC Cup Ditolak Mentah-Mentah Oleh Pemain Liga Premier

Nafuzi Zain: Kami Bangga Dengan Perkembangan Faisal Halim Musim Ini

Masalah Bahasa Tidak Halang Manuel Ott Beraksi Bersama Adriano Dan Giovane Gomes