Pasukan pembangunan Selangor, Selangor 2 turun buat kali pertama sejak dibentuk dalam saingan Liga Perdana musim ini menentang Terengganu 2 semalam dimana skuad kendalian Michael Fecteinbeiner itu terpaksa akur apabila tewas dengan keputusan 1-0.

Selangor 2 dibarisi oleh rata-rata pemain yang merupakan graduan daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan pemain daripada skuad Piala Presiden Selangor serta PKNS FC. Pada perlawanan semalam, gandingan dua pemain iaitu Harith Haiqal dan Sharul Nazeem mencuri tumpuan dimana kedua pemain menampilkan persefahaman yang baik serta mencipta gandingan yang baik di bahagian pertahanan.

Harith Haiqal dan Sharul Nazeem kekal tenang ketika berhadapan dengan barisan serangan Terengganu 2 yang dibarisi oleh Bruno Suzuki dan Jordan Mintah. Harith dan Shahrul berjaya membuat beberapa tackle serta blocking penting bagi memberikan perlindungan kepada penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel.

Jika kedua-dua pemain ini mengekalkan prestasi semasa pada perlawanan Liga Perdana seterusnya, tidak mustahil mereka dipanggil bagi beraksi pasukan utama yang dikendalikan B.Satianathan. Kualiti yang dimiliki oleh dua pemain muda ini boleh dipertingkatkan bagi mengukuhkan lagi benteng pertahanan pasukan Selangor.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Pemain Kacukan, Armin Maier Jalani Ujian Bersama Selangor II

FAS Umum Barisan Pemain Selangor II

Bajram Nebihi Perkuatkan Selangor II, Bakal Jadi Pengganti Sementara Kepada Rufino Segovia