Ketua pasukan skuad kebangsaan Singapura, Hariss Harun mengambil keputusan untuk menarik diri daripada beraksi dalam baki perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Menurut perkongsian Asian Football di laman media sosial Twitter, Hariss bertindak sedemikian ekoran masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan sekaligus kekal berada di Singapura.

Hariss baru sahaja melengkapkan perpindahan ke Lion City Sailors setelah beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 5 bulan pertama musim 2021.

Pemain berusia 30 tahun itu menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah sekaligus menyertai pemain bintang Singapura yang lain seperti Shahdan Sulaiman, Hassan Sunny, Gabriel Quak dan berkemungkinan besar Shakir Hamzah.

Baki tiga perlawanan kelayakan menyaksikan skuad bimbingan Tatsuma Yoshida ini bakal turun menentang Palestine, Uzbekistan dan Arab Saudi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

TMJ Mainkan Peranan Penting Dalam Meyakinkan Dion Cools Untuk Memilih Malaysia

RASMI: FAM Umumkan Dion Cools Pemain Kacukan Terkini Sertai Kem Harimau Malaya Di UAE

Van Marwijk: “Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia Mungkin Adalah Satu Penipuan”