Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun memberi bayangan beliau telah menandatangani kontrak bersama salah satu kelab yang berpangkalan di England.

Menerusi laman media sosial rasmi Facebook miliknya, Hariss memuat naik gambar yang menunjukkan beliau sedang menandatangani kontrak dan menggunakan caption I just have signed. Coventry here i come.

Melihat kepada gambar yang dimuat naik oleh Harris, pemain berusia 29 tahun itu berkemungkinan besar akan beraksi bersama Coventry City FC, kelab yang musim ini beraksi dalam saingan EFL Championship. Sebuah saingan divisyen kedua bola sepak England.

Masih belum jelas sama ada Harris sudah memperoleh permit kerja bagi membolehkan beliau beraksi bersama Coventry City yang ketika ini menghuni tangga ke-18 dalam saingan EFL.

Namun, jika beliau memperoleh kebenaran, maka Hariss akan menjadi pemain Singapura pertama yang beraksi di divisyen kedua bola sepak England itu.

Baca artikel lain mengenai Harris Harun di sini:

Hariss Harun Beri Bayangan Bakal Tinggalkan Johor Darul Ta’zim?

Harris Harun Ucap Selamat Tinggal Kepada JDT?

Hariss Harun: Kami Ada Tanggungjawab Untuk Memastikan Kejuaraan Ini Kekal Milik JDT, Kedah Akan Halang Sekali Lagi?