Jumlah kehadiran penyokong ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada perlawanan Piala Malaysia 2019 antara Johor Darul Ta’zim menentang UiTM FC nyata mengecewakan ketua pasukan skuad Harimau Selatan, Hariss Harun.

Pada perlawanan yang berlangsung Jumaat lal7, jumlah kehadiran penyokong ke stadium hanya mencapai angka 5,860 dan jumlah tersebut nyata mendapat respon daripada Hariss.

Menurut satu kenyataan di laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers, Hariss dan rakan sepasukan bagaikan tidak percaya pasukan yang telah memenangi pelbagai kejuaraan itu tidak mendapat sokongan penuh daripada penyokong sendiri.

Menurut pemain tengah dari Singapura itu, sukar untuk beliau dan rakan-rakan yang lain untuk menampilkan persembahan terbaik dalam setiap perlawanan jika penyokong tidak hadir ke stadium.

Hariss Harun
Aksi Hariss ketika perlawanan menentang UiTM FC pada Jumaat.
Sumber Gambar: JST

Jumlah kehadiran penyokong ke Larkin sejak akhir-akhir ini sememangnya mengejutkan kerana kelab seperti JDT telah memenangi kesemua piala yang dipertandingkan dalam saingan Liga Malaysia. Malah, mereka turut mengecapi kejayaan di peringkat antara apabila pernah memenangi Piala AFC pada 2015.

Melihat kepada komen penyokong di laman media sosial, rata-rata penyokong menyalahkan pihak kejurulatihan khususnya Benjamin Mora yang gagal membentuk untuk corak permainan menarik berbanding ketika kelan itu dibimbing jurulatih seperti Mario Gomez, Ulisses Morais dan Raul Longhi.