Kapten pasukan JDT, Hariss Harun dalam sidang media pra perlawanan kejohanan CIMB Piala Sumbangsih 2020 sebentar tadi menyatakan bahawa beliau dan pasukannya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kejuaraan terus kekal berada di Johor.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa fokus utama pasukan adalh untuk mempamerkan aksi yang terbaik untuk semua

JDT bakal turun dalam perlawanan Piala Sumbangsih buat kali ke-6 berturut-turut memiliki peratusan kemenangan yang tinggi berdasarkan penampilan dalam 5 edisi sebelum ini yang mungkin boleh menjadi kekuatan mereka malam esok.

5D2C252A-35DB-40AC-88CC-83FC81FB3101

Selain itu, perlu diketahui juga bahawa JDT berpeluang untuk muncul sebagai pasukan pertama yang berjaya menjulang trofi Piala Sumbangsih 3 kali beturut-turut sejak diperkenalkan pada tahun 1985.

Hanya Selangor yang pernah memiliki peluang yang sama pada 2 edisi sebelum ini namun tewas kepada Sarawak 1-3 pada 1998, dan edisi 2011 pula kalah kepada Kelantan 0-2.

Yang lebih menarik, JDT telah cuba melakukannya pada edisi 2017 namun Kedah muncul sebagai penghalang ketika itu apabila menang penentuan sepakan penalti 4-5 selepas seri 1-1.

Adakah Kedah akan sekali lagi menjadi penghalang kepada JDT muncul sebagai pasukan pertama merangkul kejuaraan 3 kali berturut-turut dalam sejarah Piala Sumbangsih? Malam esok adalah penentuannya.

Baca juga artikel lain berkaitan Piala Sumbangsih yang telah kani sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Piala Sumbangsih: ‘Winning Rate’ JDT Adalah 80% Selain Berpeluang Muncul Pasukan Pertama Juara 3 Kali Berturut-Turut.

Aidil Sharin Gesa Pemain Tidak Terlalu Berikan Tumpuan Kepada JDT

Tiket Perlawanan CIMB Piala Sumbangsih 2020 Sudah Habis Dijual